Anda di sini
Laman Utama > Berita > LFK2017 – Pahang Mula Tunjuk Taring

LFK2017 – Pahang Mula Tunjuk Taring

Selepas setahun menyepi dari kalendar sukan negara dengan kontroversi penajaan, Liga Futsal Kebangsaan kembali dengan wajah baru.

Disertai 9 pasukan kategori lelaki dan 6 pasukan kategori wanita, menggunakan format liga 2 pusingan, dan berjalan secara sirkit, LFK kali ini tampak lebih mencabar kerana setiap pasukan bakal merebut hanya 1 trofi liga, tiada lagi pusingan kalah mati seperti sebelum ini.

Juara bertahan, Felda United dan Melaka merupakan 2 pasukan pilihan bagi LFK kali ini.

Pasukan Liga Futsal Kebangsaan 2017

Skuad Pahang LFK2017

Skuad Futsal Pahang LFK 2017 (Kredit : fb FAM)

Seperti menurut jejak skuad Liga Super Pahang, skuad futsal Tok Gajah kali ini berwajah baru dengan membuat persiapan lebih rapi berbanding musim 2015.

Mengekalkan Coach Yazeed Hamzah, sambil dibantu bekas pemain Liga Super dan LFK Pahang, Syed Farul Hakim, membawa masuk beberapa muka baru dari luar Pahang, skuad kali ini kelihatan lebih bersedia sebagai pencabar kejuaraan LFK !

Pemain kebangsaan, Akmarulnizam Idris dipilih sebagai kapten pasukan, jentera serangan pula diperkuat bekas pemain PKNS dan Kebangsaan, Amar Asyraf.

Dalam sirkit pertama, Pahang membuka tirai LFK2017 dengan bergaya apabila membenam Perak TBG 9-2.

Dalam perlawanan kedua, Pahang mudah menjinakkan pendatang baru LFK, KL TPD FC 4-0. Dalam sirkit ke-2, Pahang mula dengan langkah kiri apabila tewas tipis 3-4 kepada T-Team, sebelum bangkit menewaskan KL Petaling Putra 7-1 keesokan harinya.

Dalam sirkit ke-3, pertembungan tumpuan antara Pahang dan Felda United berlangsung sengit. Pahang berjaya menewaskan pasukan himpunan pemain kebangsaan itu dengan 5-4.

Selepas 5 perlawanan, Pahang mencatatkan keputusan sangat positif dengan menduduki tangga kedua LFK di belakang pendahulu, Melaka.

Sebanyak 28 gol berjaya dijaringkan dan hanya bolos 11 gol.

Muhammad Nazreen Saude dan Muhammad Fariq muncul penjaring terbanyak pasukan dengan masing-masing merekodkan 6 gol peribadi selepas 5 perlawanan.

Dalam Sirkit ke-4, Pahang bakal menentang Pulau Pinang MBPP FC dan KL City FC. Semoga skuad futsal Pahang terus mengekalkan rekod cemerlang dalam perlawanan akan datang. Hogoh Pahang Hogoh !

Senarai Pemain Skuad Futsal Pahang LFK 2017

1 Faizal Jaafar (GK), 2 Mohd Adni Abdul Hadi, 3 Mohd Shafizzhudin Mohd Shafie, 4 Akmarulnizam Mohd Idris, 5 Muhd Akmal Hakimi Mohd Naim, 6 Muhammad Fariq Mohammed, 7 Mohd Shazni Hariz Mohd Noor, 8 Mohd Firdaus Mohd Shafiee, 9 Muhammad Shamsul Akmar Zamri, 10 Muhammad Hazreen Mohd Ali, 11 Baazri Halmie Bakar, 12 Khairul Asraf Burhan, 13 Fatah Fathi Abdul Aziz, 14 Mohd Afiq Abdul Rahman (GK), 15 Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln (GK), 16 Muhammad Nazreen Saudi, 17 Abdul Rahman Satuki, 18 Ahmad Hanafi Mohd Nasir, 19 Ridzwan Bakri, 20 Mohd Noor Azrin Adnan (GK), 21 Amar Asyraf Abu Bakar

Pegawai : Dato’ Hathar Mohamed Ali (Pengurus), Mohd Yazeed Hamzah (Jurulatih), Syed Farul Hakim Syed Mahmud (Pen. Jurulatih)

Keputusan Perlawanan LFK 2017

Sirkit 1
11 Feb | Perak 2-9 Pahang
12 Feb | Pahang 4-0 KL TPD FC

Sirkit 2
18 Feb | Pahang 3-4 T-Team
19 Feb | Pahang 7-1 KL Petaling Putra

Sirkit 3
25 Feb | Pahang 5-4 Felda United
*Sirkit 1-3 berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim, Perak

Perlawanan Seterusnya

Sirkit 4

11 Mac | Pulau Pinang MBPP vs Pahang
12 Mac | KL City FC vs Pahang
*Semua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan

Carta LFK 2017 selepas Sirkit 3
muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top