Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tok Gajah Tambah Derita Sang Semut Merah

Tok Gajah Tambah Derita Sang Semut Merah

Skuad Tok Gajah terus mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga apabila mengetepikan cabaran PKNS FC di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Bermain di padang yang becak, Pahang menurunkan kesebelasan yang sama ketika membenam cabaran Melaka United Sabtu lalu. Bermula separuh masa pertama, Pahang banyak mengasak ke kubu lawan dan menyaksikan pada minit ke 11, tuan rumah mendapat 2 sepakan sudut berturut-turut.

Pada minit ke 12, sepakan sudut kedua Joseph Kalang Tie berjaya disudahkan dengan tandukan cantik oleh Afif Amirudin untuk menjadikan Pahang mendahului dengan 1-0. Hujan yang turun agak lebat sedikit menjejaskan tempo permainan buat kedua-dua pasukan.

Walaubagaimanapun, skuad pelawat turut mengancam kubu lawan apabila pada minit ke 34, Wan Azraie berjaya mengagalkan percubaan berbahaya rangkaian serangan PKNS. Tamat separuh masa pertama, Pahang berada dihadapan dengan jaringan 1-0.

Bersambung babak kedua, Pahang terus melancarkan serangan dan pada minit ke 47, Pahang hampir menambah jaringan, namun Ashari Samsudin gagal menyudahkan hantaran lintang Matheus Alves seterusnya melegakan kem pasukan PKNS.

Selang beberapa minit kemudian, Sumareh dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Pahang dan disudahkan oleh Matheus Alves untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke 58.

Tidak cukup dengan kelebihan 2 gol dihadapan, tuan rumah terus menggandakan asakan dengan cuba bermain hantaran pendek. Hasilnya, pada minit ke 69, Ashari memanfaatkan hantaran Syamim Yahya untuk meletakkan Pahang selesa mendahului dengan tiga jaringan tanpa balas.

Pasukan pelawat turut melakukan beberapa serangan berbahaya dan pada minit ke 75, Wan Azraie sekali lagi bertindak cemerlang menepis rembatan Safee Sali seterusnya berjaya mengekalkan gawang dari dibolosi. Tamat permainan, PKNS terus mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat lawan selepas tewas ke atas Sarawak Sabtu lalu.

Kemenangan 3-0 ini turut meletakkan Pahang sebagai pendahulu liga sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam sebelum 4 lagi perlawanan Liga Super bakal berlangsung malam esok.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA : Azraie (PG), Jaewon Heo (Muslim Ahmad), Davies (K),Faisal Rosli, Afif Amirudin, Sumareh, Syamim Yahya, Norazam Azih , Joseph Kalang Tie (Fransisco Insa), Matheus Alves, Ashari Samsudin (Bright Dike).

PKNS FC : Nor Haziq (PG), Shahrul Azhar, Gonzalo Soto (K) , Azmi Muslim, P. Gunalan, M. Sivakumar (Khyril Muhymeen), Matias Hadwa, Lucas Espindola, Nazrin Syamsul, Safee Sali, Patrick Ronaldinho.

Pengadil : Suhaizi Shukri

Foto (featured image): Media PBNP

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top