Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dollah sukar tentukan kesebelasan terbaik.

Dollah sukar tentukan kesebelasan terbaik.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyatakan kesukaran beliau dalam menentukan kesebelasan utama pasukan Pahang apabila pemain-pemain beliau memainkan peranan yang cemerlang ketika pasukannya menewaskan Melaka United, 3-1 di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu. Peningkatan prestasi pemain-pemain yang diturunkan pada malam itu ditambah dengan kembalinya Kiko dan Dike dalam pasukan memberikan khabar gembira buatnya. Namun begitu, perkembangan positif ini ternyata menyukarkan beliau dalam menentukan kesebelasan terbaik pasukan Pahang untuk diturunkan pada perlawanan yang akan datang.

Sebenarnya sekarang ni, dengan pemain-pemain yang ada, saya tiada masalah untuk menggantikan sesiapa. Apa yang kita tengok, Kiko dan Dike pun duduk di bangku simpanan tetapi keduanya sudah pulih dari kecederaan dan hari ini telah di serapkan. Jadi, tiap-tiap pertukaran, saya rasa tidak akan jadi masalah buat saya. Joseph juga telah buktikan yang dia juga layak, ini merupakan perkara yang bagus untuk pasukan tapi sukar buat saya untuk menentukan kesebelasan terbaik.

Dollah juga memuji barisan pemain-pemainnya pada malam itu dan gembira apabila apa yang beliau cuba terapkan dalam pasukan sudah berjaya di terjemahkan oleh barisan pemain-pemainnya pada malam itu.

Hari ni memang saya rasa kita bermain dengan begitu baik sekali. Ini yang sebenarnya apa yang kita cuba terapkan selama ini.

Gol-gol jaringan Joseph Kalang Tie, Mattheus Alves dan Sumareh sudah cukup buat Pahang mengutip 3 mata berharga di Stadium Hang Jebat untuk terus mengekori rapat Kedah di dalam persaingan Liga Super.

Pahang akan melayan kunjungan pasukan Selangor PKNS dalam aksi saingan Liga Super hari ini sebelum berkunjung ke Larkin untuk menentang pasukan JDT pada hari Jumaat.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top