Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Review] Melaka United 1-3 Pahang

[Review] Melaka United 1-3 Pahang

Kemenangan kedua di tempat lawan dengan jaringan 3-1 memperbaiki rekod perlawanan Pahang di arena lawan seterusnya membuktikan skuad Tok Gajah mampu mengganas di luar Kuantan.

Kemasukkan Joseph Kalang Tie yang menggantikan Wan Zharulnizam yang mengalami kecederaan, Pahang dilihat masih menggunakan formasi dan pemain yang sama ketika membelasah Pulau Pinang 6-1 sebelum ini.

Manakala tuan rumah, turun dengan formasi 4-3-3 yang bukan menjadi kebiasaan sebelum ini dengan menyaksikan Ilija Spasojevic direhatkan dan mempertaruhkan rangkaian 3 pemain (Surendran-Amri-Jeo Weon) di bahagian serangan untuk merobek kubu lawan.

Melaka dilihat lebih awal menguasai permainan namun gagal menterjemahkan kepada sebarang jaringan untuk memberi tekanan buat lawan. Sebaliknya, kesempatan ini digunakan oleh Pahang meskipun lewat settle down pada awal permainan, namun sebaik jentera tengah selesa dan menguasai middle third pasukan, lorongan Ashari kepada JKT berjaya dimanfaatkan untuk meletakkan Pahang di depan dan menekan tumpuan skuad tuan rumah.

Formasi 4-3-3 yang pada awalnya dijana dilihat seakan bertukar kepada 4-4-1-1 dan memperlihatkan Amri keseorangan di zon 14 dan 17. Mobility yang diharapkan Syed Sobri di flank kiri agak kurang efektif dan larian penetration mudah digagalkan Matt Davies dan Afif Amirudin.

Invasion Davies yang kerap berada di zon menyerang Pahang memperlihatkan ruang yang jelas di exploit jentera tengah Pahang berbanding peranan Khair Jones yang dilihat kurang berada di zon 13 dan 16. Bantuan Davies yang kerap membantu asakan membuktikan penghasilan gol kedua Pahang hasil tandukan Matheus Alves yang menerima hantaran cantik dari sebelah kiri gawang Melaka United.

Rotation Azam – Syamim

Dua pemain ini dilihat semakin serasi di bahagian tengah. Kombinasi antara offensive dan defensive melibatkan kedua-dua pemain ini berjaya menggagalkan tumpuan Khairu Azrin dan Ezrie. Syamim dilihat beberapa kali menang bola di udara dan berjaya melakukan beberapa crucial tackle yang seterusnya mematikan serangan Melaka yang adakalanya cuba bermain secara narrow. Manakala Azam lebih berperanan kepada direction changer dan beberapa kali memperlihatkan pemain ini melakukan hantaran switch kepada Sumareh.

Inverted winger

Selepas 7 perlawanan termasuklah perlawanan Piala FA, malam tadi barulah Pahang benar-benar mengaplikasikan flanks switch di antara Sumareh dan JKT. Meskipun hanya dilakukan 2 kali, Pahang berjaya mendapatkan gol ketiga melalui Sumareh hasil dari hantaran jauh Ashari.

Posisi Sumareh yang ketika itu berada di bahagian kiri sedikit memudahkannya melakukan rembatan dengan kaki dominannya iaitu kanan selepas berjaya cut back dengan larian dari sebelah kiri pasukan.

Pasca Fauzi-Aguero

Kemasukkan 2 pemain ini jelas menghadirkan impak yang sangat positif. 15 minit terakhir banyak menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan. Di sini, peranan Syamim nampak positif dalam menyerap asakan lawan dengan mempamerkan beberapa tackle bersih.

Namun, bahagian kiri Pahang tampak semakin rapuh hasil dari larian deras Fauzi yang masih dalam keadaan fresh leg berbanding Faisal Rosli yang tampak keletihan.

Hasil dari serangan demi serangan dari flank kanan Melaka, 1 gol dan 2 percubaan berbahaya berjaya dihasilkan sekaligus memberi gambaran awal, Melaka United perlu meletakkan 2 pemain ini lebih awal dalam permainan.

Man of the match

Secara jujurnya, memasuki 7 perlawanan keseluruhan, perlawanan ini agak menyulitkan penulis dalam memilih pemain terbaik perlawanan. Di antara 4 pemain iaitu Ashari Samsudin, Sumareh, Syamim dan Azam Azih, penulis akhirnya cenderung memilih Ashari Samsudin atas penglibatan pemain ini menghasilkan 2 gol untuk Pahang.

Selain itu, mobility Ashari yang tidak statik di satu posisi dan kerap membantu bahagian tengah menutup ruang yang ditinggalkan samada Davies dan Joseph, melayakkan pemain ini dipilih sebagai pemain terbaik.

Player ratings(/10)

  1. Azraie (7.5)
  2. Davies (7.5)
  3. Afif (7.5)
  4. Jaewon (7)
  5. Faisal Rosli (7)
  6. Azam Azih (8.5)
  7. Syamim (8.5)
  8. Sumareh (8.5)
  9. JKT (7.5)
  10. Alves (8)
  11. Ashari (8.5)
  12. Helmi (6.5) subs
  13. Bright Dike (4.5) subs
  14. Fransisco Insa (NA) subs

Foto (featured image) Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top