Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang teruskan rentak kemenangan

Pahang teruskan rentak kemenangan

Pahang meranapkan momentum kemenangan Melaka United apabila menundukkan   tuan rumah 3-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi. Skuad tuan rumah turun tanpa Ilija Spasojevic akibat kecederaan dan meletakkan Amri Yahyah bergandingan dengan Jeon Woo Young dibahagian serangan.

Skuad pelawat jelas mendominasi separuh masa pertama dan memperlihatkan jentera tengah Pahang lebih banyak menguasai permainan. Serangan demi serangan yang dilancarkan akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke 21, Joseph Kalang Tie merembat kencang menewaskan Fazli Paat.

Minit ke 36 sepatutnya Pahang menambah jaringan namun penjaga gol tuan rumah, Fazli Paat bertindak cemerlang mengagalkan sepakan Ashari Samsudin di dalam kotak penalti.

Ancaman Pahang berterusan dan menyaksikan kubu skuad Melaka United dibolosi kali ini pada minit ke 43 hasil dari tandukan kemas Matheus Alves yang mendapat hantaran cantik Matthew Davies dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah. Tamat separuh masa pertama, Pahang selesa mendahului dengan 0-2.

Tuan rumah membuat pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Ahmad Khuzaimi bagi memperkemaskan benteng pertahanan. Permainan Melaka United dilihat bertambah baik dengan banyak membuat asakan mengancam kubu Pahang. Namun, anak-anak buah Dollah Salleh masih berjaya mengekalkan disiplin permainan dan berjaya menambah jaringan ke 3 melalui Mohamadou Sumareh pada minit ke 65 selepas bijak menyambut hantaran jauh Ashari Samsudin.

Tersentak dengan 3 gol lawan, tuan rumah membuat 2 pertukaran serentak dengan memasukkan Fauzi Roslan dan Sergio Aguero untuk menambah bisa serangan pasukan. Usaha itu dilihat berjaya apabila pada minit ke 89, Ahmad Khuzaimi berjaya memecah kebuntuan dengan memanfaatkan peluang di dalam kotak penalti untuk menewaskan Helmi Heliza.

Jaringan Khuzaimi tadi jelas menambah kehangatan permainan tuan rumah, namun usaha itu agak terlewat apabila pengadil, Muhammad Nazmi meniupkan wisel penamat dan menyaksikan Pahang berjaya melakar kemenangan kedua di tempat lawan dalam saingan Liga Super.

Barisan pemain-pemain:

Melaka United : Mohd Fazli Paat (PG), Amri yahyah (K), Mohd Faizal, R. Surendran, Ahmad Ezrie (Fauzi Roslan), Khairu Azrin, Jeon Woo Young, Syed Sobri (Ahmad Khuzaimi), Godwin Antwi, Khair Jones, G. Puaneswaran (Sergio Aguero).

Pahang FA : Azraie (Helmi Heliza) (PG), Jaewon Heo, Davies (K),Faisal Rosli, Afif, Sumareh, Syamim Yahya, Norazam Azih (Fransisco Insa), Joseph Kalang Tie, Matheus Alves (Bright Dike), Ashari Samsudin.

Pengadil : Muhammad Nazmi Nasaruddin

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top