Anda di sini
Laman Utama > Berita > Joseph buktikan penyudah masih berbisa

Joseph buktikan penyudah masih berbisa

 

Pahang berpesta gol apabila berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 6-1 pada sabtu lepas. Pasti ramai yang bersetuju, detik turning point pasukan Pahang pada malam itu adalah apabila Joseph Kalang Tie yang baru sahaja masuk menggantikan Ahmad Syamim Yahya  dan terus menjaringkan gol ketiga Pahang dengan satu sepakan cantik selepas menerima umpanan dari Sumareh.

Di temui sejurus selepas perlawanan, Joseph menyatakan kegembiraan beliau apabila di berikan kepercayaan jurulatih untuk masuk di separuh masa kedua perlawanan dan memuji kerjasama yang di berikan oleh rakan sepasukannya sehingga dia berjaya menjaringkan gol melalui sentuhan pertamanya dalam perlawanan ini.

Bagi saya, ini adalah kerjasama dari rakan-rakan. Kalau tiada kerjasama dari rakan-rakan yang lain, saya mungkin tak dapat score. Kredit untuk ‘teammates’, kredit untuk staff dan kredit untuk coacing staff. Kita semua ‘deserve’ untuk kemenangan ini.

Ketika di tanya berkenaan dengan arahan yang diberikan Dollah Salleh ketika memasukkan beliau, beliau menyatakan coach hanya mahu beliau memberikan aksi terbaik dan beliau membalas kepercayaan itu melalui jaringan gol ketiga pasukan Pahang.

Joseph, kamu bagi apa yang kamu ada. So, saya bagi yang terbaik dan saya nak buktikan pada semua.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh turut menzahirkan kegembiraan dengan kemenangan besar ini. Namun, beliau tetap terus mengingatkan anak-anak buahnya agar terus kekal konsisten.

Perjalanan pasukan masih awal, dan apa yang saya lihat, pemain-pemain saya belum lagi mempamerkan persembahan yang konsisten dan kita boleh melihatnya ketika aksi di Alor Star tempoh hari. Namun begitu, kemenangan kita hari ini dapat dijadikan pembakar semangat untuk terus mengekalkan rentak permainan dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan.

Pahang akan berkunjung ke Melaka bagi meneruskan perjalanan Liga Super Sabtu ini berdepan pasukan yang turut melakar kemenangan moral Sabtu lalu dengan menewaskan Sarawak di Kuching.

 

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top