Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Pahang 6-1 Pulau Pinang

[REVIEW] Pahang 6-1 Pulau Pinang

Pahang seperti biasa mengekalkan kesebelasan utama kecuali memasukkan Ashari Samsudin bagi mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Bright Dike yang tidak cergas untuk beraksi malam itu.

Masih mengekalkan formasi klasik 4-4-2 yang selalu dipraktikan Dollah Salleh, Pahang dilihat lambat untuk settle down berbanding lawan yang banyak mengatur serangan melalui flank kiri.

Mungkinkah faktor kepenatan selepas mengharungi 120 minit permainan Selasa lalu sedikit sebanyak mempengaruhi tempo permainan pada separuh masa pertama. Skuad Harimau Kumbang dilihat agak kental sepanjang 10 minit pertama dengan menyaksikan Mahathevan mengekalkan disiplin bertahan membantu back four pasukan mengekang asakan yang diketuai Nor Azam di bahagian tengah.

Namun, kubu pertahanan Pulau Pinang akhirnya runtuh pada minit ke 16, meskipun mempertaruhkan 2 center back import di bahagian pertahanan. Meskipun selesa mendahului 2 jaringan, Pahang akhirnya dibolosi pada separuh masa pertama hasil dari situasi bola mati yang memperlihatkan jentera pertahanan seakan tergamam dengan setting sepakan percuma lawan.

45 minit yang garang

Jikalau diamati, amukan Tok Gajah lebih berbisa pada separuh masa kedua. Ini dapat dilihat hasil dari persembahan yang ditunjukkan ketika Pahang menundukkan T Team di Kuantan dan bangkit dengan 4 jaringan di Pasir Gudang. Malam tadi, Pahang sekali lagi membuktikan betapa aura di separuh masa kedua lebih mengancam dengan berjaya meledak 4 lagi jaringan.

Adakah faktor kekuatan Dollah Salleh yang bijak membaca permainan pada separuh masa pertama membolehkan pasukan mengatur strategi dan taktikal yang boleh memberi kelebihan untuk pasukan?

Atau adakah pemain-pemain seperti Syamim dan Zaharulnizam kurang memainkan peranan dalam membantu serangan tidak seperti yang ditunjukkan pada separuh masa kedua?

Apa yang dapat dilihat, ketika pertemuan dengan T Team, JDT II dan Pulau Pinang, memang dapat disaksikan lebih penglibatan pemain terlibat dalam menyerang berbanding hanya meletakkan sandaran kepada 2 penyerang untuk mencipta gol pada separuh masa pertama.

Penulis turut berpuas hati dengan barisan pertahanan yang dapat dilihat Jaewon dan Afif lebih merapati Nigel dan Faizat Ghazali. begitu juga peranan yang dimainkan Faisal Rosli yang beraksi cemerlang mengekang asakan dari bahagian sayap. Meskipun gol yang dibolosi hasil dari set piece, back four sewajarnya diberikan pujian kerana tidak melepaskan gol secara open play seperti yang dilepaskan ketika pertemuan dengan JDT II tempoh hari.

Mohamadou Sumareh wajar dianugerahkan pemain terbaik perlawanan hasil dari sumbangan gol dan assit untuk pasukan. Meskipun adakalanya kelihatan over doing, namun ancaman yang beliau mainkan di bahagian sayap kanan nyata mengundang resah barisan pertahanan lawan. Ada kalanya , penulis teringat akan sumbangan Gopinathan dengan sajian larian solo dan kencangnya beberapa musim yang lalu.

Ashari Samsudin dilihat sudah mendapat sentuhan jaringan dengan meledak 2 gol malam tadi. Peranan yang beliau mainkan dalam penghasilan gol pertama boleh diberikan kredit dengan membuka gerakan kepada Alves di sebelah kanan yang akhirnya disudahkan Sumareh dalam kotak penalti. Gol keduanya adalah antara signature golnya seperti yang biasa dihasilkan baik ketika bersama Terengganu mahupun ketika menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Kemenangan ketiga selepas 5 perlawanan liga nyata melegakan kem Pahang. 11 jaringan yang berjaya diledak di Stadium Darul Makmur seakan membayangkan betapa Tok Gajah garang di laman sendiri. Selepas 5 perlawanan liga juga, Pahang turut merupakan pasukan yang paling tinggi merekodkan jumlah jaringan dan yang paling penting, Matheus Alves kekal dengan average golnya selepas berjaya meledak 5 gol dalam 5 perlawanannya.

Player ratings (/10):

Azraie (7)
Davies (7)
Afif (7.5)
Jae Won (7)
Faisal Rosli (7.5)
Norazam (7)
Ashari (7.5)
Alves (8)
Sumareh (8.5)
Syamim (7)
Wan Zaharulnizam (7.5)

Joseph Kalang Tie (6.5)(Subs)

Salamon Raj (5)(Subs)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top