Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tok Gajah berpesta gol di Darul Makmur

Tok Gajah berpesta gol di Darul Makmur

Pahang berpesta gol di Kuantan selepas membelasah skuad Harimau Kumbang dengan jaringan 6-1 dalam aksi Liga Super malam tadi.

Pahang bermula dengan barisan yang sama ketika menewaskan JDT II kecuali merehatkan Bright Dike dengan digantikan Ashari Samsudin. Pulau Pinang yang baru sahaja melakar kemenangan pertama Selasa lalu dilihat agak garang pada awal separuh masa pertama dengan banyak menyerang melalui S. Kumaahran di bahagian sayap kiri.

Skuad Tok Gajah dilihat mula menyesuaikan tempo permainan sekitar minit ke 10 dan akhirnya Sumareh meletakkan Pahang di hadapan hasil dari jaringannya pada minit ke 16. Pahang melebarkan penguasaan apabila Wan Zaharulnizam merembat kencang dari sebelah kanan pintu gol lawan untuk menewaskan Sani Anuar Kamsani.

Tersentak dengan dua gol lawan, Pulau Pinang berjaya merapatkan jurang gol apabila penyerang importnya, Nigel Dabinyaba menjaringkan gol hasil dari sepakan percuma Diogo Alexandre. Tamat separuh masa pertama, Pahang mendahului dengan jaringan 2-1.

Bersambung babak kedua permainan memperlihatkan skuad tuan rumah bertambah garang dengan menampilkan aksi yang lebih menyakinkan. Hasilnya pada minit ke 66, Joseph Kalang Tie yang baru sahaja masuk menggantikan Ahmad Syamim berjaya meletakkan Pahang selesa mendahului dengan 3-1.

Penguasaan Pahang semakin memuncak apabila pada minit ke 72, Matheus Alves menanduk masuk hasil sepakan percuma disebelah kiri pintu gol lawan. Pesta gol Pahang diserikan lagi apabila Ashari Samsudin meledak 2 gol lagi pada minit ke 84 dan 85 untuk menjadikan kedudukan 6-1 sehingga tamat masa permainan.

Kemenangan besar 6-1 ini merupakan kemenangan besar Tok Gajah ke atas Pulau Pinang selepas kali terakhir direkodkan pada musim 2006 di Kuantan. Jumlah jaringan besar ini turut menyaksikan tuan rumah nyata garang di laman sendiri selepas berjaya meledak 11 gol dalam 2 perlawanan Liga Super di Kuantan.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA : Azraie (PG), Jaewon Heo, Davies (K),Faisal Rosli, Afif, Sumareh (Faisal Halim), Syamim (Joseph Kalang Tie), Norazam Azih, Wan Zaharulnizam (Salamon Raj), Matheus Alves, Ashari Samsudin.

Pulau Pinang : Sani Anuar Kamsani (PG), Reinaldo Rodriguees (K), Diogo Alexandre, Mafry Balang, Mohamad Syukur Saidin, Nigel Dabinyaba, S. Kumaahran (Mohamed Syamer Kutty Abba), Muhamad Faizat Ghazali, Muhammad Zulkhairi, Andrew James Rusell, Mahathevan (Mohd Faiz Subri).

Pengadil : Zulkifli Ahmad

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top