Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dollah puas hati pemain bangkit dari tersingkir awal

Dollah puas hati pemain bangkit dari tersingkir awal

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan semangat melawan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain pasukukannya ketika bangkit membenam JDT II untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA baru-baru ini.

Memang puas hati. Kita down dengan 2-0 pada separuh masa pertama dan akhirnya kita berjaya bangkit.
Sepatutnya kita boleh habiskan awal lagi dalam 90 minit tapi inilah bolasepak.

Dua gol jaringan Sumareh dan satu gol masing-masing daripada Alves dan Salamon dalam masa kecederaan memadam kelebihan dua gol JDT II pada separuh masa pertama perlawanan.

Walaupun berjaya bangkit dalam perlawanan ini, Dollah ternyata kecewa dengan corak persembahan yang ditunjukkan pada separuh masa pertama perlawanan. Menurutnya, masalah ini telah berlaku sejak dari separuh masa kedua di Sarawak dan juga ketika Pahang tewas di Kedah baru-baru ini. Namun selepas di tegur pada waktu rehat, pemain-pemain mula bangkit dan memberikan komitmen sepenuhnya pada separuh masa kedua perlawanan sehingga berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Saya lihat Syamim lebih berani penetrate di bahagian depan yang sebelum ini kurang dilakukannya pada separuh masa pertama dan Wan Zaharulnizam turut berubah corak permainannya di mana beliau lebih berani mengawal bola dan penetrate ke kubu lawan.

Perubahan taktikal disertakan dorongan semangat sedikit sebanyak memainkan peranan yang penting dalam mencetus kepada kebangkitan skuad Tok Gajah baru-baru ini. Selepas terikat 2-2 dalam masa penuh perlawanan, Pahang menjaringkan dua lagi gol dalam masa tambahan melalui Alves dan Salamon untuk muncul pemenang melalui jaringan 2-4.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top