Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Player ratings] JDT II 2-4 Pahang

[Player ratings] JDT II 2-4 Pahang

Separuh masa kedua yang memukau dan ternyata melegakan. Itu adalah rumusan yang sangat mudah dan tepat bagi menggambarkan keadaan permainan Pahang pada aksi pusingan kedua bertemu JDT II di Pasir gudang semalam.

Pahang bermula terlalu perlahan pada separuh masa kedua dan menyaksikan bahagian enjin pasukan sangat longgar dan mudah dikuasai jentera tengah lawan yang diketuai bekas pemain Negeri Sembilan, Alex Smith.

Barisan pertahanan pula dilihat tidak banyak menutup ruang terutamanya dibahagian kiri pasukan dan memperlihatkan beberapa kali pemain sayap JDT II, Ramzi Haziq mudah lolos di zon 15 dan 18. Disamping itu, dua tonggak pertahanan tengah tidak terlalu close marking dan kelihatan hanya mengekalkan disiplin zonal marking sehinggakan Hadi Fayadh berjaya meledak 2 gol pada separuh masa pertama. Berikut adalah ratings pemain sepanjang perlawanan semalam:

Wan Azraie (6.5/10): Tewas 2 kali dengan pemain yang sama memang cukup memeritkan. Kesilapan dilihat pada gol kedua di mana pemain ini gagal menghadang percubaan yang dilihat lemah oleh Hadi Fayadh. Namun, top class saved pada babak pertama tambahan masa memang perlu diberikan pujian tatkala Nicholas Fernandez dilihat agak selesa untuk menjaringkan gol ketiga JDT II.

Matthew Davies (6.5/10): Pemain yang mempunyai work rate yang tinggi dan turut memainkan peranan yang penting membantu Sumareh dalam melancarkan serangan di bahagian sayap kanan pasukan. Meskipun dilihat beberapa kali berjaya lolos di zon 18, namun hantaran lintang beliau masih mengecewakan.

Afif Amiruddin (6/10): Kawalan yang agak lonngar pada separuh masa pertama sedikit merisaukan kem Pahang, namun beliau dilihat segera bertindak pada separuh masa kedua untuk lebih merapati penyerang lawan.

Jaewon Heo (6/10): Kesilapan yang dilakukan pada separuh masa pertama apabila kurang membayangi Hadi Fayadh membolehkan pemain ini mudah melepasinya dan menjaringkan gol kedua buat tuan rumah. Seperti Afif, beliau dilihat lebih peka akan kehadiran Hadi dan berjaya menutup asakan tuan rumah.

Faisal Rosli (6/10): Pemain ini dilihat agak average persembahannya. Kurang membantu Wan Zaharulnizam dalam menyerang, namun beberapa asakan dari flank kanan JDT II dapat dipatahkan terutamanya larian-larian kencang oleh Ramzi dan Che Rashid dari sebelah kanan serangan tuan rumah.

Wan Zaharulnizam (6.5/10): Kurang penglibatan pada separuh masa pertama. Walaubagaimanapun, beliau dilihat lebih berani melarikan bola pada separuh masa kedua dan banyak membuat penetration move ke dalam kotak penalti.

Ahmad Syamim Yahya (7.5/10): Persis Wan Zaharulnizam pada separuh masa kedua, namun sepanjang separuh masa kedua, beliau adalah nadi kepada jentera tengah Pahang. Meskipun kelihatan beberapa kali tewas dalam pergelutan bola di udara bersama Alex Smith, kekangan demi kekangan yang ditampilkan beliau dalam usaha mematahkan serangan yang berpusat dibahagian tengah wajar diberikan pujian.

Sumareh (8/10): Pemain terbaik perlawanan hasil dari kerja keras yang beliau tampilkan sepanjang 120 minit permainan. Dua gol dan 1 assist sudah cukup melayakkan beliau diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Norazam Azih (7/10): Kurang memainkan peranan untuk menutup serangan yang diketuai Sharul Azwari di bahagian tengah pada separuh masa pertama, pemain ini dilihat agak kekok bergandingan dengan Syamim pada separuh masa pertama. Namun, hantaran lintang yang tepat menuju Alves untuk gol ketiga Pahang sudah cukup memberi impak buat pasukan.

Matheus Alves (7.5/10): Banyak beraksi sebagai free role pada separuh masa kedua sedikit mengelirukan barisan pertahanan lawan. Tandukan pemusnahnya untuk gol ketiga jelas menunjukkan beliau adalah antara penyerang yang bakal mencipta nama di Malaysia nanti.

Chinedu Dike (5/10): Tidak banyak melakukan gerakan-gerakan yang berbahaya selain dilihat masih belum mendapat keserasian dengan gandingannya di bahagian serangan Pahang. Selain rembatan padunya yang membuka kepada peluang penghasilan gol pertama Sumareh, pemain ini dilihat tidak banyak memberi impak kepada pasukan sehinggakan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

(Subs) Ashari Samsudin (6/10): Masuk menggantikan Bright Dike, pemain ini dilihat berjaya mengawal bola dengan baik dan kerap bergerak dibahagian sayap, namun beberapa percubaannya ke arah pintu gol terlalu lemah dan tidak mengancam pintu gol lawan.

(Subs) Salamon Raj (6/10): Perlawanan kompetitif pertamanya musim ini, kemasukannya pada minit ke 107 segera menghadirkan impak apabila bijak mencari ruang kosong dalam kotak penalti lawan untuk mudah menolak masuk menewaskan Somerville.

(Subs) Muslim Ahmad (NA): Beraksi kurang dari 5 minit, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai impak pemain ini buat pasukan.

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top