Anda di sini
Laman Utama > Berita > Ini perlawanan kita, kita perlu bangkit sebagai satu pasukan – Sumareh

Ini perlawanan kita, kita perlu bangkit sebagai satu pasukan – Sumareh

Mohamadou Sumareh merupakan antara watak penting kepada kebangkitan skuad Tok Gajah selepas ketinggalan 2 jaringan pada separuh masa pertama ketika Pahang  menundukkan JDT II dengan keputusan 2-4 di Pasir Gudang dalam saingan Piala FA semalam lapor Mezzo Fauzi.

Dua gol yang dijaringkannya amat signifikan tatkala impian seluruh penyokong Pahang kian pudar untuk menyaksikan pasukan itu layak ke pusingan seterusnya. Gol pertama pada minit ke 46 boleh diibaratkan sebagai turning point seterusnya menginjak adrenalin rakan sepasukan untuk terus menyamakan kedudukan.

Beliau hadir pada waktu yang amat sesuai selepas rembatan awal Bright Dike dihadang pertahanan lawan dan dengan tenang menyempurnakan gol yang sangat bermakna buat skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Jaringan gol keduanya sekali lagi beliau dilihat seakan-akan berada pada zon yang tepat untuk meledak selepas percubaan Wan Zaharunizam sekadar melantun tepat ke arahnya.

Beliau menyifatkan kunci utama kepada kebangkitan pasukan adalah disiplin dan bermain secara satu pasukan.

Meskipun kita bermula sangat perlahan pada separuh masa pertama, mujurlah pada separuh masa kedua kita bermain bermati-matian untuk mencipta kemenangan. Ketika di bilik persalinan, Dollah Salleh banyak memberikan kata-kata semangat dan menyeru rakan sepasukan untuk mengekalkan disiplin permainan dan bangkit untuk menang kerana itu adalah satu-satunya cara untuk tidak tersingkir awal dalam saingan ini, ujarnya ketika ditemui sejurus selepas perlawanan.

Selain berjaya menyumbangkan 2 gol untuk pasukan, beliau turut memainkan peranan kepada penghasilan gol kemenangan oleh Salamon Raj pada separuh masa kedua masa tambahan.

Meskipun permainan telah melebihi 110 minit, belau dilihat masih tetap mengekalkan disiplin permainannya dengan melancarkan serangan demi serangan di bahagian sayap pasukan. Hasilnya, hantaran kemasnya disebelah kanan berjaya disudahkan pemain gantian, Salamon Raj untuk mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Piala FA.

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top