Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang bangkit benam cabaran JDT II

Pahang bangkit benam cabaran JDT II

Pahang bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk menewaskan JDT II dengan keputusan 2-4 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam tadi. Dua gol Sumareh, Matheus Alves dan Salamon Raj memastikan skuad Tok Gajah mara ke pusingan ketiga saingan Piala FA.

Skuad Tok Gajah turun dengan kesebelasan utamanya kecuali mengetepikan Fransisco Insa akibat kecederaan dan digantikan dengan Nor Azam Azih. Manakala tuan rumah turun dengan menampilkan hanya seorang pemain import sementara Nicholas Ryan Swirad dan Nicholas Fernandez sekadar berada dibangku simpanan.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan yang seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan. 10 minit pertama memperlihatkan jentera serangan Tok Gajah banyak mengancam kubu tuan rumah. Buktinya, 2 sepakan percuma dalam 10 minit nyata memihak Pahang, namun gagal menemui jaringan.

Peluang terbaik skuad tuan rumah untuk berada dihadapan hadir pada minit ke 15, namun sepakan Syahrul Azwari sekadar melambung melepasi palang gol. Usaha demi usaha terus dilaksanakan skuad kendalian Hamzani Omar untuk memperoleh jaringan menerusi gerakan dari sebelah kanan yang diketuai oleh Ramzi Haziq.

Hasilnya pada minit ke 36, JDT II berjaya berada di hadapan apabila Muhammad Hadi Fayyadh bijak menyempurnakan hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol Pahang untuk menewaskan Wan Muhammad Azraie.

Muhammad Hadi Fayadh sekali lagi melebarkan penguasaan JDT II apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan Pahang dan merembat masuk bagi menewaskan Azraie dalam tempoh kurang dari 5 minit selepas jaringan pertamanya. Tamat separuh masa pertama, JDT II 2-0 Pahang.

Separuh masa kedua memperlihatkan Pahang memperkemaskan jentera serangannya. Hasilnya, pada minit ke 47, Pahang berjaya merapatkan kedudukan melalui Sumareh hasil dari rembatan awal Bright Dike yang diselamatkan pertahanan lawan dan melantun kepada Sumareh yang tenang menolak masuk menewaskan Somerville.

Sumareh sekali lagi meledak untuk meletakkan kedudukan terikat 2-2 pada minit ke 68 berpunca dari keadaan kelam kabut dalam kotak penalti tuan rumah. Kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat 90 minit permainan dan menyaksikan pemenang perlawanan hanya akan ditentukan melalui 30 minit masa tambahan.

Separuh masa pertama masa tambahan sepatutnya JDT II di hadapan, namun peluang keemasan terhidang gagal disudahkan oleh pemain gantian, Nicholas Fernandez di mana sepakannya berjaya diselamatkan Wan Azraie.

Berbaki seminit separuh masa pertama masa tambahan, Matheus Alves menceriakan kem Pahang dengan menanduk hantaran silang Norazam Azih dari sebelah kiri gawang tuan rumah menjadikan Pahang kini berada di hadapan pula selepas ketinggalan dengan dua jaringan sebelum ini.

Pemain gantian, Salamon Raj memastikan kemenangan mutlak buat skuad Tok Gajah apabila menyempurnakan hantaran lintang Sumareh dari sebelah kiri pintu gol JDT II. Tamat permainan Pahang menundukkan tuan rumah 2-4 dan berjaya ke pusingan ketiga Piala FA.

Barisan pemain-pemain:

JDT II : Samuel Somerville (PG), Mohd Fandi Othman (K), Che Rashid, Alexander Smith, Rozaimi Rahman (Nicholas Fernandez), Hariz Kamarudin (Nicholas Ryan Swirad), Syahrul Azwari (Azinee Taib), Syazwan Andik, Ramzi Haziq, Hadi Fayyadh, Amer Saidin.

Pahang FA : Azraie (PG), Jaewon Heo, Davies (K),Faisal Rosli, Afif, Sumareh, Syamim, Norazam Azih (Salamon Raj), Wan Zaharulnizam (Muslim Ahmad), Matheus Alves, Chinedu Bright Dike (Ashari Samsudin).

Pengadil : Khairulazuan Bin Kidam

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top