Anda di sini
Laman Utama > Berita > Zulhamizan lega Malik kembali temui sentuhan pemusnah

Zulhamizan lega Malik kembali temui sentuhan pemusnah

Pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria nyata menarik nafas lega apabila pengempur utamanya kembali menemui sentuhan jaringan dengan meledak 2 gol sekaligus membantu skuad The Seagulls mara ke pusingan ketiga Piala FA petang tadi.

Selain berjaya mencipta kemenangan, saya nyata gembira apabila Malik Mat Arif kembali menemui sentuhan jaringan dan saya harap beliau akan terus meledak pada perlawanan yang akan datang,” ujarnya ketika ditemui selepas perlawanan bertemu Sime Darby di Selayang petang tadi.

Dua gol jaringan penjaring terbanyak (tempatan) Liga Perdana musim 2016 itu akhirnya menamatkan kemarau jaringan selepas gagal melakukannya pada 3 perlawanan sebelum ini.

Meskipun berjaya menundukkan Sime Darby dengan jaringan yang agak selesa, Zulhamizan agak resah dengan corak persembahan para pemainnya yang menampilkan aksi yang kurang bertenaga berbanding pada perlawanan di Kuala Terengganu sebelum ini.

Saya akan menilai semula persembahan pada petang ini dan mungkin faktor keletihan atau beraksi pada sebelah petang mempengaruhi corak permainan kita hari ini. Namun begitu, saya berpuas hati apabila para pemain saya berjaya menjaringkan 2 gol pada awal permainan sekaligus memberi tekanan buat pasukan lawan untuk memenangi perlawanan ini,’ tambahnya lagi.

Kuantan FA menjadi pasukan pertama layak ke pusingan ketiga Piala FA apabila menundukkan Sime Darby 0-3 di Selayang hasil dua jaringan Malik Mat Arif dan satu lagi gol turut disumbangkan oleh Rafizi Zahari pada separuh masa kedua.

Koresponden: Mezzo Fauzi

Gambar (featured image): Media Rasmi Kuantan FA

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top