Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Preview FA Cup] JDT II vs Pahang

[Preview FA Cup] JDT II vs Pahang

Perlawanan pusingan kedua Piala FA bakal menemukan Pahang dengan JDT II di Pasir Gudang malam esok yang akan dijalankan secara peringkat knock-out bagi mencari satu pasukan yang akan ke pusingan ketiga. Musim 2016 memperlihatkan perjalanan pasukan Pahang hanya terhenti diperingkat pusingan ketiga selepas tewas mengejut ke atas Sime Darby di gelanggang sendiri.

Prestasi semasa: Kekalahan pertama 4-1 ke atas Kedah pada kempen Liga Super sedikit merentap emosi kem Pahang dalam usaha meneruskan momentum kemenangannya. Begitu juga nasib yang menimpa skuad JDT II yang turut menerima kejutan apabila tewas 5-3 ke atas pendatang baharu Liga Perdana, MISC-MIFA.

Pemain tumpuan: Nicholas Fernandez yang tidak terlepas peluang menjaringkan gol pada setiap perlawanan bakal mencuri tumpuan untuk meranapkan peluang Pahang mara ke peringkat seterusnya. Pemain kelahiran Argentina ini telah pun menjaringkan 5 gol selepas 4 perlawanan dalam kempen liga.

Pengendali JDT II, Hamzani Omar turut menyandarkan harapan buat beberapa pemain muda bagi mengalas cabaran getir bertemu Pahang Selasa ini. Hafiy Haikal dan Hadi Fayadh dilihat bersedia diturunkan untuk bergandingan dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Rozaimi, Irfan Fazail, Syahrul Azwari dan termasuklah bekas pemain Pahang musim lalu, D Saarvindran.

Rekod pertemuan: Kali terakhir kedua-dua pasukan dipertemukan dalam saingan Piala FA adalah pada musim 2013 di mana Pahang berjaya menundukkan JDT II dengan jaringan 2-3 di Pasir Gudang. Manakala bagi perlawanan kempen Piala Malaysia 2014, Pahang hanya sekadar seri 1-1 di Johor Bahru sebelum menewaskan pasukan yang sama 4-0 di Kuantan.

Kesimpulan: Peluang seimbang untuk kedua-dua pasukan untuk mara ke pusingan ketiga, namun Pahang dilihat mempunyai sedikit kelebihan berdasarkan pengalaman yang ada pada barisan pemainnya. Walaubagaimanapun, cabaran skuad tuan rumah tidak boleh dipandang sepi berbekalkan adunan pemain muda berpengalaman serta kualiti pemain importnya ditambah dengan sokongan tidak berbelah bahagi penyokong skuad Harimau Selatan ini.

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

Azraie

Davies-Afif-Jaewon-Faisal Rosli

Sumareh-Norazam-Syamim-JKT

Alves-Dike

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top