Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala FA] Kuantan FA benam Sime Darby

[Piala FA] Kuantan FA benam Sime Darby

Kuantan FA berjaya melangkah ke pusingan ketiga Piala FA apabila membenam Sime Darby 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang tadi.

Menurunkan kesemua pemain importnya, Kuantan FA bermula garang dengan mendahului seawal minit kedua melalui penjaring terbanyak Liga Premier 2016, Malik Mat Ariff yang menanduk masuk hantaran daripada Ljubo Baranin.

Malik sekali lagi menghukum pertahanan Sime Darby apabila meledak gol kedua Kuantan FA pada minit kesepuluh juga melalui hantaran daripada Ljubo.

Separuh masa pertama tamat dengan Kuantan FA mendahului Sime Darby 2-0.

Sime Darby nyata cuba bangkit di separuh masa kedua dengan memperolehi beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun di sia-siakan oleh penyerang mereka, Zul Fahmi dan Muhamnad Nazrul.

Aksi penjaga gol Kuantan FA, Khairul Nidzam juga seharusnya mendapat pujian apabila beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pasukan Sime Darby dalam kotak penalti.

Tersentak dengan asakan bertali arus daripada pasukan Sime Darby, jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria memasukkan Muhd Baqiuddin menggantikan Khairul Azman dan mengarahkan Ljubo Baranin kembali ke posisi pertahanan dalam usaha untuk mengekalkan kelebihan jaringan mereka.

Usaha itu nyata membuahkan hasil apabila pada minit ke 77, Kuantan FA berjaya menambah jaringan menerusi lontaran jauh Ljubo Baranin yang disempurnakan Rafizi Zahari dengan meledak satu rembatan ‘half volley’  untuk gol ketiga Kuantan FA.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat sekaligus memastikan tempat ke pusingam ketiga buat skuad The Seagulls.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top