Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Kedah 4-1 Pahang

[REVIEW] Kedah 4-1 Pahang

Rentak kemenangan Pahang gagal diteruskan apabila dibelasah skuad Helang Merah 4-1 di Stadium Darul Aman malam tadi. Kekalahan mirip aksi musim 2007 itu sekaligus mengambarkan prestasi sebenar skuad Tok Gajah selepas 4 perlawanan liga.

Kesinambungan pemain-pemain lama:

Barisan kesebelasan utama yang diturunkan semalam hanya menyaksikan hanya 2 muka lama iaitu Faisal Rosli dan Matthew Davies berbanding 6-7 pemain lama membarisi skuad Kedah. Faktor kesesuaian/blend di antara pemain-pemain mungkin dijadikan salah satu faktor utama menyaksikan Kedah garang di Darul Aman.

Berbanding kesebelasan Tok Gajah yang hanya didedahkan dengan kurang 400 minit perlawanan kompetitif, agak sukar menyesuaikan tempo permainan lawan yang rata-rata sudah arif dengan corak permainan masing-masing.

Lihat sahajalah betapa efektifnya kombinasi marquee players Kedah iaitu kombinasi Liridon-Syazwan-Baddrol (attacking force) yang banyak memainkan peranan dalam penghasilan gol-gol buat tuan rumah.

Set Pieces:

4 peluang set pieces/sepakan percuma gagal diterjemahkan kepada sebarang jaringan mengambarkan kelemahan penyudah pasukan dan akhirnya sedikit merugikan Pahang untuk mencipta kejutan dan menukar mood perlawanan.

Peluang terbaik untuk menjaringkan gol melalui set piece hadir menerusi Kiko Insa, namun tandukannya sedikit melewati palang. Berbanding pasukan lawan yang turut mencipta satu jaringan melalui sepakan penjuru hasil dari ketenangan Anderson yang tidak dikawal di far post untuk mengumpan bola kepada Farhan Roslan sekaligus melebarkan penguasaan Kedah.

Off-form:

Faktor kecederaan atau kepenatan mungkin meletakkan beberapa pemain berada dalam keadaan off-form. Persembahan Kiko lebih terjurus melindungi zon pertahanan berbanding peranan yang sepatut beliau mainkan untuk mencipta lebih banyak gerakan offensive.

Wan Zaharulnizam tidak banyak memainkan peranannya sebagai wide attacker seperti yang dipersembahkan ketika bertemu T Team di Kuantan. Rotation player adalah penting ketika ini bagi menambah fresh idea dalam pasukan bagi menghadapi satu lagi tugas sukar di Pasir Gudang Selasa ini.

Break attack:

Meskipun game plan memperlihatkan pasukan ingin mencipta kemenangan dengan meletakkan twin striker dihadapan, namun taktikal dan formasi lawan nyata memberi tekanan buat Pahang. Ada ketika dilihat Pahang berpeluang untuk membalas serangan, namun asakan break attack kurang menjadi dan dilihat beberapa kali barisan pertahanan lawan mudah mematahkan serangan yang ketika itu sudah berada di high line defensive.

Kesimpulan:

Meskipun tewas, banyak perkara yang boleh dijadikan asas dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pasukan-pasukan yang lebih dominan dari segi adunan pemain-pemainnya.

Pertukaran formasi para pemain mungkin sukar dilakukan berbaki 3 hari menjelang aksi sulung Piala FA, namun diharap para pemain terus bangkit dari kejutan dan segera menemui momentum keserasian selepas ini.

Player ratings (/10):

Azraie (5)
Davies (5.5)
Afif (5)
Jae Won (5)
Faisal Rosli (4.5)
Dike (5)
Kiko (5)
Alves (5)
Sumareh (5)
Syamim (5)
Wan Zaharulnizam (4.5)

Norazam (4.5)(Subs)

Ashari (4)(Subs)

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top