Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Seagull longlai di KT

Seagull longlai di KT

Kuantan FA gagal dalam hajat mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan 100plus Liga Premier apabila tewas pada Terengganu 0-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu malam semalam.

Hanya pemain import dari Serbia tidak diturunkan oleh Zulhamizan Zakaria pada perlawanan ini dengan digantikan oleh Baqiuddin manakala pemain lain adalah barisan yang sama ketika menang menentang PDRM di Kuantan minggu lepas.

Separuh masa pertama lebih banyak dikuasai oleh anak-anak buah Irfan Bakti dengan Kuantan FA lebih banyak bertahan dan berjaya menyerap asakan tuan rumah dan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan.

Masuk ke babak kedua, Terengganu lebih agresif menyerang dan hasilnya berjaya memperolehi jaringan hasil dari percubaan pemain import kelahiran Jepun Issey Nakajima yang menampan masuk bola muntah hasil dari tandukan beliau sendiri sebelum itu.

Tersentak dengan gol itu, Zulhamizan memasukkan pemain yang menjaringkan dua gol di Kuantan iaitu Nabilah Khan bagi menggantikan Baqiuddin untuk menambahkan sengat jentera jaringan pasukannya.

Sebaliknya, Terengganu kemudian menambah jaringan melalui Ketua pasukan Abdul Latif Suhaimi yang menyambut bola sepakan percuma oleh pemain import dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev pada minit 63.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dengan Kuantan FA menanggung kekalahan kedua dari 3 perlawanan manakala Terengganu kekal dengan rekod bersih dengan menang dalam semua perlawanan.

Foto : FB Kuantan FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top