Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW MSL#4] Kedah vs Pahang

[PREVIEW MSL#4] Kedah vs Pahang

Buku bertemu ruas! Mungkin ini ungkapan yang tepat menggambarkan mengenai senario perlawanan yang ditunggu-tunggu bukan sahaja buat kedua-dua penyokong setianya malahan juga buat seluruh pemerhati dan pencinta bola sepak tempatan.

Keadaan perlawanan: Perlawanan yang disifatkan match of the week ini bakal menemukan dua pasukan yang mempunyai corak permainan offensive yang efektif, di mana kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang hampir sama disetiap posisi. Pahang yang secara kelazimnya menjadikan flank sebagai asas kepada serangan pasti akan benar-benar teruji pada perlawanan ini di mana bakal menemukan Wan Zaharulnizam dan Rizal Ghazali yang dilihat mempunyai kekuatan diposisi ini.

Begitu juga serangan yang berpusat dibahagian tengah. Pertembungan hebat bakal disaksikan apabila menemukan beberapa tonggak dibahagian tengah buat kedua-dua pasukan. Baddrol Bakhtiar, Liridon, Syamim dan Kiko Insa bakal menjadi watak penting buat kedua-dua pasukan dalam memenangi bola di bahagian middle third pasukan.

Prestasi semasa: Kedua-dua pasukan dalam misi mempertahankan rekod tanpa kalah. Pahang dilihat lebih dominan dari segi prestasi ketika ini. 7 gol yang berjaya diledak bakal memberi amaran buat skuad tuan rumah bagi memadamkan rekod buruk di Alor Setar.

Skuad Tok Gajah juga hanya melepaskan hanya satu gol dan berada dalam mood yang baik untuk terus melebarkan clean sheet pada musim ini. Namun begitu, skuad tuan rumah turut memiliki rangkaian serangan berbisa dan telah meledak 5 gol setakat ini, namun kerapuhan dibenteng pertahanan sehingga dibolosi sebanyak 4 kali boleh dijadikan peluang terbaik buat Pahang mencipta kemenangan di sana.

Rekod pertemuan: 6 perlawanan mempertemukan kedua-dua pasukan sejak 2010, dimana rekod kemenangan lebih memihak skuad Hijau Kuning berbanding hanya 1 kemenangan (tidak termasuk kemenangan percuma musim lalu) dicatatkan Pahang. Selain itu, skuad Helang Merah dilihat kebal digelanggang sendiri. Buktinya, pasukan ini hanya tewas sekali di Darul Aman berbanding 8 kemenangan dan 2 kali seri sepanjang aksi Liga Super musim lalu.

Pemain tumpuan: Ken Ilso yang baru sahaja membuka akaun jaringannya ketika aksi bertemu Felda United Sabtu lalu bakal mencuri tumpuan pada perlawanan ini. Selain mempunyai penyudah yang tajam, beliau dilihat agak licik melepasi kawalan pertahanan lawan.

Liridon Krasniqi turut dilihat ancaman Sabtu ini, hantaran yang tepat dicelah-celah pemain seperti dibuktikannya ketika membantu kepada penghasilan gol tunggal Kedah Sabtu lalu pasti akan mengundang bahaya buat kubu Tok Gajah. 5 gol yang dijaringkan oleh Kedah kesemuanya berpunca dari build up play seterusnya mengambarkan betapa berbisanya rangkaian jentera serangan pasukan ini.

Kombinasi 2 penyerang Pahang (Dike dan Alves) yang ketika ini masing-masing telah meledak 2 jaringan pasti ditagih untuk terus melebarkan rekod jaringan di setiap perlawanan.

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

Helmi

Davies-Afif-Jaewon-Faisal Rosli

Sumareh-Syamim-Kiko-Zaharulnizam

Dike-Alves

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top