Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [Review #3 MPL ] Kuantan FA vs PDRM

[Review #3 MPL ] Kuantan FA vs PDRM

Perlawanan kedua pasukan Kuantan FA merangkap home game pertama musim ini buat skuad The Seagulls selepas perlawanan pembuka tirai menentang UITM FC dibatalkan akibat faktor cuaca.

Masih lagi terkesan dengan kekecewaan bertemu PKNP FC di Ipoh baru-baru ini, Kuantan FA turun dengan barisan dan formasi yang hampir sama yang turut disaksikan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah serta berbekalkan sokongan penyokong sekitar 300 orang.

PDRM, yang tersingkir dari Liga Super musim lalu dan mengalami kekalahan pada perlawanan pertama bertemu Terengganu, turut menurunkan Dao Bakary yang merupakan penjaring kedua terbanyak Kuantan FA musim lepas.

Bermain di dalam keadaan padang basah, kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan namun tidak banyak cubaan berjaya dihasilkan sepanjang tempoh 45 minit pertama permainan.

PDRM tampak lebih garang dengan Dao Bakary beberapa kali berjaya merembat tepat ke pintu gawang bagaimanapun berjaya dihalang oleh pertahanan Kuantan FA.

Barisan tengah Kuantan FA yang diketuai oleh dengan formasi 4-3-3  dilihat bekerja keras dengan hantaran ke kubu PDRM bagaimanapun kebanyakannya gagal menghasilkan ancaman yang betul-betul berbahaya.

Ljubo Baranin pada musim lepas bermain di posisi pertahanan jelas sekali agak janggal kali ini bermain dalam posisi penyerang kerana kegagalan beliau mengawal bola dengan baik serta gagal melepaskan diri dari kawalan pertahanan berikutan tiada kepantasan yang sesuai serta dilihat juga lambat berada di posisi sesuai untuk menerima bola.

Separuh masa kedua bermula dengan PDRM makin kerap menggasak kubu Kuantan FA walaupun tiada pertukaran taktik atau pemain daripada kedua-dua pasukan dengan Kuantan FA masih lagi mengharapkan gandingan Ljuba-Malek.

Walaupun Ljuba berjaya membuat beberapa balingan torpedo ke dalam pintu gol lawan namun jentera serangan tuan rumah gagal menterjemahkan kepada sebarang jaringan.

Beliau juga sering kali dilihat membantah beberapa keputusan pengadil dan akibatnya beliau dikenakan kad kuning berikutan masih lagi tidak mahu berhenti dari memprotes keputusan pengadil.

Situasi makin bertambah rumit apabila PDRM dihadiahkan sepakan penalti berikutan kekasaran oleh Amer Aziz ke atas Dao Bakary pada minit 67 dan sepakan terbabit disudahkan dengan sempurna oleh Dao Bakary (situasi unik apabila beliau melutut untuk berdoa sebelum mengambil sepakan terbabit).

Tersentak dengan jaringan terbabit, Kuantan FA mula membuat pertukaran dengan membawa  masuk dua orang pemain iaitu Nabilah Khan dan Mohd Baqiuddin. Pertukaran ini lebih terarah kepada pertukaran taktikal apabila Ljuba kembali ke posisi pertahanan yang menjadi kelazimannya sebelum ini.

Rentetan pertukaran ini membawa perubahan pada corak serangan pasukan Kuantan FA dengan Nabilah Khan benar-benar membuktikan kenapa beliau merupakan antara penyerang berbisa seperti semasa beraksi di dalam Liga Bolasepak Rakyat dengan memiliki kepantasan dan berjaya memporak-perandakan barisan pertahanan PDRM.

Hasilnya, tidak sampai beberapa minit dimasukkan, beliau berjaya menghidu satu umpanan pendek dan berjaya melepaskan satu percubaan biarpun dikawal ketat oleh pertahanan lawan namun sayangnya percubaannya agak tinggi melepasi palang gol.

Jaringan penyamaan hanya hadir pada minit ke 84 hasil daripada satu sepakan percuma dari sebelah kiri oleh Sim Woonsub yang kemudian berjaya ditanduk masuk oleh Ljuba Baranin memewaskan penjaga gol PDRM, Muhamad Hamdan.

Gol terbabit nyata membakar semangat pemain Kuantan FA dengan menggandakan asakan ke pintu gol PDRM sehinggalah satu lagi gerakan yang dicetuskan oleh Sim Woonsub pada minit ke 86 yang berjaya membuat satu cross ke hadapan pintu gol PDRM sebelum ditanduk oleh Nakatake Shunsuke dan akhirnya disambar dengan satu sepakan gunting oleh Nabilah Khan untuk gol kedua Kuantan FA.

Jaringan menarik ini hampir menjadi double bicycle kick berikutan Abdul Malek juga turut membuat gerakan yang serupa cuma bola telah terkena kaki Nabilah.

Kuantan FA kemudiannya makin menjarakkan kedudukan, apabila seorang lagi pemain gantian Muhd Baqiuddin berjaya membuat through pass yang berjaya disambar oleh Abdul Malek untuk membuat umpanan kepada Nabilah Khan yang merembat masuk untuk gol ketiga Kuantan FA pada minit ke 90.

ULASAN : Satu kebangkitan oleh Kuantan FA dengan 3 gol pantas dalam masa 10 minit terakhir perlawanan.

Fokus utama semestinya Nabilah Khan yang berjaya menjaringkan dua gol menarik untuk membantu Kuantan FA mengatasi PDRM.

Sudah lama bumi Darul Makmur tidak menyaksikan kehadiran seorang penyerang tempatan yang mempunyai natural instinct untuk gol serta movement dan kepantasan yang bagus.

Bagaimanapun progress beliau masih lagi bergantung kepada Jurulatih iaitu Zulhamizan Zakaria.

Taktikal beliau yang meletakkan Ljuba sebagai penyerang (hasil kesinambungan dari musim lepas) nyaris membawa padah kepada pasukan Kuantan berikutan Ljuba agak kekurangan dari segi kepantasan yang menyebabkan beliau beberapa kali gagal melepaskan diri dari kawalan pertahanan.

Perlu diingatkan bahawa musim lepas Kuantan FA mempunyai Dao Bakary yang mempunyai kawalan bola dan kepantasan yang sesuai untuk digandingkan dengan beliau.

Prestasi Nakatake mengawal ruang tengah jugak agak bagus dengan hantaran-hantaran cantik serta corak keras general padang memberi gambaran kenapa beliau masih lagi dikekalkan  biarpun diketepikan sepanjang musim lepas akibat kecederaan ACL.

Gandingan beliau iaitu Sim Woonsub juga turut berada pada tahap terbaik dengan 2 cross beliau berjaya mencetuskan gerakan yang membawa kepada gol.

Bagaimanapun tidak banyak boleh diperkatakan mengenai seorang lagi pemain import iaitu Stefan Vukmirovic yang hanya dilihat lebih banyak berlari mengejar bola daripada mengawal kawasan tengah.

Leave a Reply

Top