Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dollah lega Pahang curi 3 mata di Kuching

Dollah lega Pahang curi 3 mata di Kuching

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh nyata gembira dan bersyukur apabila Pahang berjaya mengutip 3 mata di Stadium Kuching dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Chenidu Dike.

Namun begitu, beliau masih melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan prestasi yang di persembahkan oleh pemain-pemain beliau dalam perlawanan tersebut.

Di temui selepas perlawanan, Dollah percaya bahawa pasukannya seharusnya bermain dengan lebih baik. Menurutnya, berbekalkan pengalaman dan kualiti pemain yang membarisi skuadnya, Pahang seharusnya tampil lebih berbisa seperti aksi yang di pamerkan di Kuantan sebelum ini ketika menentang T-Team.

Beliau juga mengakui terpaksa memilih untuk lebih bertahan di minit-minit akhir perlawanan bagi mempertahankan kelebihan jaringan yang di perolehi pada separuh masa pertama perlawanan.

Keputusan memasukkan Muslim Ahmad menggantikan Chenidu Dike baginya adalah  strategi memperkuatkan barisan pertahanan untuk pulang dengan 3 mata berharga.

Menurutnya lagi, aksi di Kuching ini nyata bukan tugas mudah buat pasukannya menentang pasukan Sarawak yang menerima sorakan padu penyokong tuan rumah selain mempunyai rekod yang kurang baik beraksi di Kuching.

 

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top