Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Player Ratings] Sarawak 0-1 Pahang

[Player Ratings] Sarawak 0-1 Pahang

Pahang meneruskan cengkaman di persada Liga Super apabila pulang dengan 3 mata menundukkan skuad Bujang Senang di Kuching malam tadi. Gol jaringan Dike pada minit ke 24 sudah cukup untuk mengakhiri penantian 13 tahun Tok Gajah tanpa sebarang kemenangan di Kuching.

Pahang seperti biasa mengekalkan pemain dan formasi seperti aksi di Kuantan namun terdapat sedikit kelainan pada game plan berbanding ketika aksi di Ipoh dan Kuantan. Alves lebih bertindak di wide left flank terutamanya sekitar 20 minit pertama permainan sehingga menolak Zaharulnizam ke bahagian tengah.  Ia turut menjadikan Zaharulnizam seolah-olah berpasangan dengan Syamim Yahya di bahagian tengah pasukan.

Meskipun berjaya melakar kemenangan malam tadi, kepuasan menonton aksi perlawanan di Kuching ternyata tidak menyamai ketika di Kuantan dan ada beberapa sudut yang perlu diberikan perhatian menjelang sepak mula di Alor Star minggu hadapan. Berikut merupakan sedikit permerhatian pemain-pemain yang beraksi pada perlawanan semalam:

Wan Azraie (7/10): Beliau dilihat agak sibuk berbanding perlawanan di Kuantan tempoh hari dan dilihat berkerja agak keras malam tadi. Ketenangannya dalam “menyambut” percubaan jarak jauh beberapa pemain lawan menjadikan penilaian yang baik buatnya. Commanding from the back agak efektif dalam mengatur arahan terutama untuk dua CB dilihat berkesan seterusnya memastikan kedua-dua pemain ini berada dalam posisi yang betul.

Matthew Davies (6.5/10): Meskipun penat dalam mengharungi jadualnya yang agak padat, beliau dilihat nadi offensive play di bahagian sayap kanan Pahang. Kerap membantu jentera pasukan berbanding counterpart nya di sebelah kiri selain pantas untuk menyerap asakan yang diatur lawan terutamanya dari pemain lincah tuan rumah, Tommy Mawat. Namun dari segi final ball in ke dalam kotak penalti kurang menjadi terutamanya pada separuh masa pertama permainan.

Afif Amiruddin (7/10): Pemain ini dilihat semakin serasi bergandingan dengan Jaewon dan banyak menyumbang kepada crucial tackle dan blocking terutamanya pada separuh masa kedua. Beliau hampir menjaringkan gol hasil dari sepakan penjuru, namun tandukannya diselamatkan penjaga gol lawan.

Jaewon Heo (7./10): Mr cool di bahagian pertahanan dan banyak memainkan peranan dalam mempertahankan kubu Pahang. Beliau mengunakan kelebihan fizikalnya dalam menyerap asakan terutamanya dalam situasi perebutan bola di udara. 2-3 kali beliau dilihat berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya terutamanya crossing dari Shamie Iszuan pada separuh masa pertama.

Faisal Rosli (6.5/10): Pemain ini dilihat mengekalkan konsisten persembahan perlawanan terdahulu dengan berjaya menutup ruang dari di capitalize oleh Shamie Iszuan yang kita ketahui mempunyai larian yang pantas di bahagian sayap kanan. Namun, ada sedikit kelemahan yang mungkin boleh digunakan lawan terutamanya ketika situasi hantaran blind side dan perebutan bola di udara.

Wan Zaharulnizam (6.5/10): Kurang penglibatan berbanding perlawanan pertamanya di Kuantan. Beliau dilihat kurang berada di zon 16 untuk melakukan final cross in yang boleh disudahkan Dike dan Alves. Namun, hantaran forward vision mencari Sumareh agak menjadi dan mampu mengelirukan lawan.

Ahmad Syamim Yahya (6.5/10): Kurang memainkan peranan dalam menyerang namun dilihat baik dan efektif dalam membantu mematahkan serangan lawan yang berpusat di zon 8 dan 11. Beliau dilihat beberapa kali berjaya break attack lawan melalui tackle yang bersih menafikan gerakan Shahrol Saperi dan Jong Ho Lee.

Sumareh (7/10): Seperti biasa gemar melakukan larian solo di bahagian sayap pasukan namun pergerakannya agak terbatas dek kekentalan Ronny Harun yang banyak membantu Mazwandi dalam menyerap asakan dan larian kencang Sumareh. Penglibatan beliau dalam membantu kepada penghasilan gol kemenangan Pahang selayaknya diberikan pujian.

Fransisco Insa (7.5/10): Pemain terbaik perlawanan pilihan penulis hasil coverage area yang sangat baik di middle third dan defensive third pasukan. Beliau dilihat sebagai ball winner dan kerap kali memenangi perebutan bola di udara dan banyak menggagalkan forward pass dari kawasan pertahanan lawan. Good coverage area ini membolehkan 2 CB tidak berada terlalu tinggi (high defensive line) dalam menyerap asakan lawan.

Matheus Alves (6.5/10): Tidak seperti perlawanan pertamanya di Kuantan, beliau dilihat kurang mendapat ruang untuk melarikan bola ke dalam kotak penalti selain dilihat banyak berada di wide flank sehinggakan adakalanya Sumareh dan Dike berpasangan di dalam kotak penalti.

Chinedu Dike (7/10): Selain menyumbang gol buat pasukan, beliau dilihat kurang mendapat peluang untuk menambah gol. Peluang yang terbaik hadir pada separuh masa kedua, namun tap in di dalam kotak penalti hasil hantaran Sumareh berjaya digagalkan Mohd Shahril.

(Subs) Joseph Kalang Tie (6/10): Masuk pada minit ke 74 dan tidak banyak merubah cengkaman terutamanya dalam menambah asakan buat Pahang.

(Subs) Ashari Samsudin (6/10): Masuk pada minit ke 85, beliau dilihat mempunyai ruang untuk masuk ke dalam kotak penalti, namun lariannya mudah dipatahkan lawan seterusnya tidak banyak mengubah tempo perlawanan.

(Subs) Muslim Ahmad (NA): Beraksi kurang dari 5 minit, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pemain ini. Namun, beliau dillihat memperoleh peluang untuk mencipta sesuatu tetapi percubaannya dari luar kotak penalti sekadar tersasar.

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top