Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > 10 minit terakhir ceriakan Kuantan FA

10 minit terakhir ceriakan Kuantan FA

Misi Kuantan FA untu mengutip mata pertama di tempat sendiri tercapai apabila dua gol jaringan pemain gantian, Nabilah Khan berjaya menundukkan PDRM 3-1 di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Tidak melakukan perubahan besar, Zulhamizan Zakaria merombak barisan pertahanan yang tewas di Ipoh dengan menyenaraikan pemain berpengalaman Khairul Azman menggantikan Amirullah dengan posisi lain tiada perubahan.

Permainan seimbang dimainkan oleh kedua-dua pasukan dengan barisan serangan PDRM yang diketuai oleh bekas pemain import Kuantan FA, Dao Bakary lebih banyak menyerang untuk memburu gol awal sehinggalah separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kuantan FA kemudiannya menggandakan asakan dan mendapat beberapa peluang melalui Malik Mat Arif dan juga Ljuba Baranin.

Namun, PDRM terlebih dahulu mendahului apabila Bakary menjaringkan gol pertama PDRM melalui sepakan penalti setelah beliau sendiri dijatuhkan oleh Ameer Syafeeq didalam kotak penalti pada minit ke 69.

Zulhamizan membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Baqiuddin Samsuddin dan Nabilah Khan yang masing-masing menggantikan Shahrul Aizad dan Stefan Vukrimovic bagi menguatkan bahagian serangan.

Ternyata taktikal itu nyata berjaya apabila membuka ruang kepada Ljuba untuk menghasilkan jaringan penyamaan pada minit 80 melalui tandukan hasil hantaran lintang Simwon.

2 minit kemudian giliran Nabilah Khan pula menbuka akaun jaringannya di Liga Perdana apabila melakukan sepakan gunting cantik menewaskan Muhammad Hamdan Sairi untuk Kuantan pula mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu perlawanan.

Ketika permainan seolah-olah tamat dengan jaringan 2-1, Nabilah Khan yang juga penjaring terbanyak Liga Bolasepak Rakyat musim pertama tanpa disangka-sangka menambah satu lagi jaringan pada minit ke 90 setelah menghukum kesilapan Hamdan untuk Kuantan FA menang dengan keputusan 3-1.

Keputusan ini nyata menceriakan kem Kuantan FA setelah tewas pada perlawanan kedua di Ipoh manakala perlawanan pertama ditangguhkan akibat cuaca buruk.

YAM Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang juga berkenan untuk hadir ke stadium menyaksikan perlawanan ke tiga 100plus Liga Premier ini.

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top