Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW MSL#3] Sarawak vs Pahang

[PREVIEW MSL#3] Sarawak vs Pahang

Keadaan perlawanan: Pahang bakal berkunjung ke Kuching Sabtu ini dalam usaha mencipta momentum kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini. Meskipun masih segar dengan kemenangan besar di Kuantan tempoh hari, skuad Tok Gajah harus sedar akan ancaman skuad Bujang Senang yang sedia melakar kejutan seterusnya mencipta kemenangan pertama musim ini.

Rekod pertemuan:

Rekod pertemuan buat kedua-dua pasukan menyaksikan 13 perlawanan dilangsungkan sejak musim pertama Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004. 6 kemenangan berpihak kepada Pahang dan menyaksikan sudah 3 musim (2016, 2015 dan 2014), kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata di Kuching.

Sementara itu, hanya 1 kemenangan berjaya direkodkan dalam aksi MSL di Kuching iaitu pada musim 2004. Mampukah Pahang menamatkan momentum “seri” di Kuching musim ini dan mencipta kemenangan pertama Liga Super di Kuching selepas 13 tahun?

Prestasi semasa: Prestasi Pahang dilihat lebih baik ditambah dengan kemenangan moral baru-baru ini berbanding pasukan tuan rumah yang tewas 3-2 kepada Kedah Sabtu lalu. Namun, keupayaan skuad kendalian David Usop mencipta 2 jaringan di tempat lawan seolah-olah memberi amaran buat anak-anak buah Dollah Salleh yang Bujang Senang bakal melibas Sang Gajah nanti.

Pemain tumpuan: Mark Hartmann bakal menjadi tumpuan pada pertemuan ini dan dilihat mempunyai kekuatan situasi bola mati selain mempunyai tandukan yang tepat ke kubu lawan. Bekas pemain Global FC ini berjaya meledak gol pertamanya musim ini hasil sepakan lencong menewaskan Mohd Farhan.

 

Mark Hartmann ketika mewakili Global FC menentang Pahang pada saingan Piala AFC 2015

Seorang lagi pemain muda tempatan yang sedang mencipta nama iaitu Nur Shamie Iszuan turut mencuri tumpuan. Pemain sayap yang turut berada dalam senarai pelatih skuad Sukan SEA 2017 ini memiliki kepantasan larian dan memiliki hantaran cantik yang bakal dilihat satu ancaman buat kubu Pahang nanti.

Selain itu, penampilan dua penyerang import Tok Gajah sekali lagi bakal mencuri tumpuan hasil dari persembahan yang menyakinkan pada pertemuan di Kuantan baru-baru ini. Kedua-dua pemain ini dilihat semakin bersedia hasil dari persefahaman yang mula dibentuk sejak akhir-akhir ini.

Status pemain: Memetik dari artikel yang diterbitkan oleh Stadium Astro (1 Feb 2017), David Usop memberi bayangan mengenai status beberapa pemainnya. Mateo Roskam, Ramesh Lai Boon Huat dan Tommy Mawat tidak pasti dapat diturunkan akibat kecederaan yang dialami baru-baru ini. Kedua-dua pemain ini merupakan tonggak kepada pasukan dan masing-masing telah menyumbangkan gol buat skuad Bujang Senang.

Kecederaan yang dialami oleh Kiko Insa turut membimbangkan tatkala pemain ini dilihat banyak memberi impak buat jentera tengah pasukan. Namun, pemain ini sudah turun menjalani latihan dan harapan untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama dilihat cerah.

Kesimpulan: 3 mata dilihat relevan buat Pahang pada pertemuan ini, namun pasukan pelawat perlu sedar dengan ancaman tuan rumah yang mampu untuk mencipta 3 jaringan selepas 2 perlawanan dan dilihat cukup bersedia untuk menggegar berbekalkan sokongan ribuan peminat setia skuad Ngap Sayot.

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

Azraie

Davies (c) – Jaewon – Afif – Faisal Rosli

Sumareh – Syamim – Kiko – Zaharulnizam

Matheus – Dike

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: