Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Review] Pahang 5-0 T Team

[Review] Pahang 5-0 T Team

Kick off: Pahang bermula dengan menampilkan sedikit perubahan pada kesebelasan utama berbanding pada perlawanan pertama di Ipoh. 2 pemain import baharu digandingkan di bahagian serangan yang memaksa Dollah Salleh mengetepikan Ashari Samsudin dan Joseph Kalang Tie dari kesebelasan utama.

Pahang turun dengan formasi 4-1-3-2 sementara T Team dengan formasi 4-4-2 berbanding 3-5-2 yang banyak diaplikasikan musim lepas.

Kiko sekali lagi berperanan sebagai defensive midfielder manakala unit di atasnya disandarkan kepada Syamim Yahya yang banyak bertindak sebagai pivot pada perlawanan ini.

Peranan yang dimainkan oleh Syamim juga nyata berbeza berbanding pada perlawanan pertama di mana dilihat lebih berperanan sebagai the modern number eight.

Sumareh sekali lagi dipertanggungjawabkan berada di posisi sayap kanan dan sesekali kelihatan bertindak sebagai central winger.

Transisi ini dipermudahkan apabila Davies kerap memperoleh peluang berada di zon offensive untuk menambah sinergi kepada attacking Pahang.

2 penyerang menjadi sandaran Dollah Salleh untuk misi mengutip 3 mata pada perlawanan ini di mana memperlihatkan Mattheus Alves kerap berada di inside forward manakala Bright Dike bertindak sebagai the finisher.

Offensive game plan: Pemilihan Syamim Yahya di bahagian tengah jelas menunjukkan komitmen skuad tuan rumah untuk menggegar pada malam itu. Pemilihan beliau berada diposisi itu amat wajar dengan memperlihatkan penguasaan Pahang dibahagian tengah berbanding lawan ditambah dengan sokongan peranan yang dimainkan Kiko.

Perlawanan hampir menjadi one way traffic hasil dari capitalize di bahagian tengah sehinggakan menutup gap yang boleh di capitalize oleh pihak lawan.

Penulis melihat peranan yang dimainkan Syamim persis Amirulhadi pada musim 2013 di mana kedua-dua pemain ini seakan-akan mempunyai karakter permainan yang sama (attacking dan defensive ability/high work rate).

Offensive dengan 3-5-2: Separuh masa pertama ternyata Tok Gajah seakan lepas geram dengan tampil dengan lebih garang menyerang ke kubu lawan. Percaturan ketika menyerang dilihat ke arah membentuk compact area di zon tengah dengan berbekalkan kelincahan Sumareh dan Wan Zaharulnizam (kecik) di kedua-dua flank.

Penulis lebih tertarik melihat kombinasi permainan dari flank kiri hasil kombinasi 2 “licik” (Zaharulnizam dan Faisal Rosli) yang dilihat selesa di zon itu meskipun baru pertama kali digandingkan dalam perlawanan kompetitif.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai gandingan dua CB (Afif dan Jaewon) yang dilihat tidak banyak diuji pasukan lawan.

Namun, peranan kedua-dua pemain ini dalam membantu/initiate serangan sewajarnya dipuji dan dilihat hantaran grounded pass Jaewon semakin baik berbanding perlawanan pertamanya.

Manakala gandingan 2 penyerang import sememangnya menjalankan kerjanya sebagai pemusnah. Alves lebih mencuri tumpuan dengan beberapa kali dilihat tampil dengan berani dan yakin berbekalkan ability run with the ball. Buktinya, gol kedua beliau hadir melalui karakter yang dimiliki beliau yang dilihat sangat berbahaya di zon 14.

Manakala Bright Dike banyak bertindak sebagai target man berperanan ‘pull out” opponent dari posisi (terutama pada separuh masa kedua) untuk memberi ruang buat Alves, Sumareh dan Kecik untuk penetrate di zon 13 dan 15. Beliau turut mencatatkan nama dalam scoring sheet pada debut game nya hasil dari kelicikannya melepasi kawalan pertahanan dan menyambut hantaran kemas Ashari.

Man of the match: 2 gol dan peranan yang dimainkan beliau dalam membantu Pahang melakar kemenangan besar menjadi faktor pemilihan Alves sebagai pemain terbaik perlawanan. Keupayaan beliau dalam mengucar-kacirkan benteng lawan turut meletakkan pemain ini dalam kelasnya yang tersendiri.

Kesimpulan: 2 perlawanan menampakkan petanda yang sangat positif buat skuad Tok Gajah untuk kembali bersaing dalam kejuaraan domestik musim ini. Apa-apapun, take off harus diteruskan dan para pemain diingatkan untuk tidak menekan butang ‘auto pilot’ agar momentum persembahan ini diteruskan bertemu pasukan Sarawak nanti.

Player ratings (/10):

Azraie (7.5)
Davies (8)
Afif (8)
Jae Won (8)
Faisal Rosli (8.5)
Dike (8)
Kiko (8)
Alves (8.5)
Sumareh (8.5)
Syamim (8.5)
Wan Zaharulnizam (8)

Norazam (7) Subs

Ashari Samsudin (7) Subs

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top