Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang lepas geram di Darul Makmur

Pahang lepas geram di Darul Makmur

Skuad Tok Gajah kembali mengamuk di Stadium Darul Makmur apabila membelasah pasukan T Team dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Pahang menurunkan keempat-empat pemain importnya dengan meletakkan gandingan dua pemain import baru yang terlepas aksi sulung di Ipoh tempoh hari.

Gandingan Alves dan Chinedu ternyata mencuri tumpuan para penyokong hasil dari persefahaman yang baik meskipun baru sahaja digandingkan tidak sampai seminggu.

Buktinya, seawal minit ke 4, Alves berjaya melepasi 2-3 pertahanan lawan, namun dikasari lawan betul-betul di luar kotak penalti untuk memberikan sepakan percuma yang gagal di sudahkan oleh Wan Zaharulnizam.

Separuh masa pertama pasukan tuan rumah banyak menguasai permainan menerusi bahagian tengah yang diketuai Syamim Yahya dan Sumareh. Hasilnya pada minit ke 14, Sumareh berjaya meletakkan skuad Tok Gajah dihadapan hasil dari tandukan dari sebelah kiri pintu gol T Team untuk menewaskan Muhd Izzuddin. Tamat separuh masa pertama dengan skuad tuan rumah kekal dihadapan dengan satu jaringan.

Tuan rumah menggandakan asakan pada separuh masa kedua dengan mengekalkan formasi dan pemain pada separuh masa pertama. Seawal minit separuh masa kedua, Sumareh hampir menggandakan jaringan, namun percubaan dari sebelah kiri pintu gol tidak menepati sasaran.

Gol kedua Pahang akhirnya berjaya dijaringkan oleh penyerang import dari Brazil, Mattheus Alves apabila mudah menanduk sepakan percuma Syamim Yahya. Selepas itu, gol ketiga turut dijaringkan oleh pemain import, Jaewon hasil dari keadaan kelam-kabut dihadapan pintu gol T Team.

Minit 74, Alves sekali lagi menceriakan para penyokong Tok Gajah dengan meletakkan Pahang selesa mendahului dengan jaringan 4-0.

Seorang lagi penyerang import Pahang, Chinedu Bright melengkapkan malam Tok Gajah dengan meledak gol kelima hasil dari tendangan padu menerjah jaring sebelum bijak melepasi kawalan 2 pertahanan lawan. Kemenangan 5-0 ini turut merekodkan kemenangan besar Pahang ke atas T Team di Stadium Darul Makmur.

Barisan pemain:

Pahang FA : Azraie (PG), Jaewon Heo, Davies (K),Faisal Rosli, Afif, Sumareh, Syamim, Fransisco (Norazam Azih), Wan Zaharulnizam, Mattheus Alves (Ashari Samsudin), Chinedu Bright

T Team : Mohd Izzuudin (PG) , Mohd Arif Fadzilah, Abdoulaye Maiga, Mohd Kamal Azizi, Mohd Hasbullah (K), Mahamadou Samassa, Shakir Zufayri, Farhod Tadjiev, Mohd Azalinullah, Dilshod, Mohd Zarulizwan (Ramzul Zahini).

Pengadil : Mohd Zohri Tajuddin

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “Pahang lepas geram di Darul Makmur

Leave a Reply

Top