Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Preview MSL#2] Pahang vs T Team

[Preview MSL#2] Pahang vs T Team

Keadaan perlawanan: 3 kali kedua-dua pasukan dipertemukan pada musim 2016 termasuklah satu aksi Piala FA di mana Pahang menang ke atas T Team hasil jaringan Dalibor Volas seterusnya membawa skuad Tok Gajah ke peringkat seterusnya bagi aksi Piala FA. Bagi aksi liga pula, kedua-dua pasukan hanya sekadar berkongsi mata di Kuantan dan di Kuala Terengganu dengan masing-masing mencatatkan keputusan 2-2 dan 1-1.

Prestasi semasa: Kedua-dua pasukan hanya mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama. Pahang ternyata lebih mencuri tumpuan apabila berjaya mengikat skuad The Bos Gaurus di tempat lawan hasil jaringan Syamim Yahya. Bagi skuad The Titans pula, keputusan seri 1-1 ke atas Sarawak di Kuala Terengganu tidak boleh dijadikan ukuran kepada prestasi pasukan tatkala setiap pasukan belum menemui match fitness dan keserasian bersama pasukan.

Pemain tumpuan: Dua tonggak penyerang import terbaharu Pahang pasti menjadi tumpuan Jumaat ini apabila kedua-dua pemain ini dikhabarkan telah bersedia untuk digandingkan untuk merobek kubu lawan. Penyerang import dari Brazil, Mattheus Alves dan seorang lagi pemain kelahiran Amerika Syarikat, Chinedu Dike hampir pasti diturunkan meskipun baru sahaja menyertai kem pasukan Pahang beberapa hari yang lalu.

Foto oleh: Media PBNP

Mohd Nor Hakim Hassan yang menyumbang satu gol pada perlawanan Sabtu lalu turut mencuri tumpuan apabila menyertai beberapa lagi pemain tempatan yang berjaya mencipta jaringan pada aksi pembukaan liga super tempoh hari. Selain itu, kehadiran seorang lagi pemain import berpengalaman dari Mali, Mahamadou Samassa melengkapkan 4 kuota import skuad kendalian Rahmad Darmawan yang sebelum ini hanya menurunkan 3 pemain import. Beliau dijangka akan bergandingan dengan Farhod Tadjiyev dibahagian serangan.

Dari luar padang: Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh agak berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya pada perlawanan pertama sebelum ini meskipun ketiadaan beberapa pemain tonggak dan dua lagi pemain import.

Saya mengucapkan sekalung tahniah buat barisan pemain-pemain saya yang berjaya menunaikan tanggungjawabnya pada perlawanan ini. Meskipun ketiadaan beberapa tonggak pemain ekoran dari beberapa permasalahan, para pemain bermain dengan baik dan di luar jangkaan saya”, ujarnya ketika ditemui pada sidang media sejurus perlawanan tamat Sabtu lalu.

Perlawanan ini pasti ditunggu-tunggu buat seluruh pencinta bola sepak Pahang yang terlalu dahagakan kemenangan apabila kali terakhir skuad Tok Gajah mencipta kemenangan di Darul Makmur adalah ketika menentang Pulau Pinang pada 24 September 2016. Jaringan Matthew Davies pada minit ke 12 itu berjaya memisahkan kedua-dua pasukan dan turut merupakan gol penutup di Stadium Darul Makmur bagi musim 2016.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top