Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Perak 1-1 Pahang

[REVIEW] Perak 1-1 Pahang

Pahang bermula dengan hanya menampilkan 3 muka lama dalam kesebelasan utama yang turut membentuk hanya 27% berbanding 5 pemain (46%) pemain lama yang membarisi pasukan Perak.

Game plan:

Kedua-dua pasukan dilihat meletakkan hanya seorang penyerang pada separuh masa pertama di mana memperlihatkan Mirchev dan Ashari Samsudin memainkan peranan dibahagian final third bagi kedua-dua pasukan.

Yashir Pinto dan Zaquan bermain di wide area, manakala Nasir Basharudin, Kenny Pallraj dan Faton Toski membentuk compact shield dibahagian tengah.

Pahang pula meletakkan Sumareh dan Joseph Kalang Tie (JKT) bermain di flank bagi menguruskan game plan yang menjadi kebiasaan Dollah Salleh yang dilihat mengekalkan classic attacking secara wide area. Manakala Syamim Yahya berperanan sebagai second striker yang membantu kepada serangan kombinasi triangle (Syamim-JKT-Ashari) dan (Syamim-Sumareh-Ashari).

Ability yang dimiliki oleh Syamim yang boleh bertindak sebagai benteng pertama kepada pasukan di final third (Pahang) turut dilihat berkesan dalam menyerap asakan tuan rumah pada separuh masa pertama.

Pilihan pemain yang agak terbatas gara-gara masalah pemain import, kecederaan dan penggantungan pemain memaksa Dollah Salleh menukar game plan yang lazimnya dilihat lebih terarah mencari target man (one-route football) kepada more free-flowing football. Fasa 30 mimit pertama dilihat seakan berhasil dan ini dibuktikan pada minit ke 29, apabila gerakan free-flowing (kombinasi JKT-Syamim-Sumareh) hampir meletakkan Pahang di hadapan, mujurlah sentuhan terakhir Sumareh berjaya diselamatkan Hafizul Hakim. Namun, minit ke 57, kombinasi serangan ini akhirnya membuahkan hasil apabila Syamim mudah menolak masuk ke gawang hasil dari gerakan cantik Ashari dari sebelah kiri.

The Triangles
(Ashari-Syamim-JKT-Sumareh)

Permainan yang ditunjukkan oleh 2 gandingan midfield skuad Tok Gajah pula sewajarnya boleh diberikan pujian. Francisco Insa (Kiko) dan Azam Azih dilihat mula menunjukkan keserasian. Kiko lebih berperanan sebagai shielder kepada back four pasukan manakala Azam lebih berperanan sebagai engine yang membantu kepada triangle attacking tadi.

Kiko & Tosic

Peranan yang efektif dimainkan 2 tonggak dibahagian tengah memaksa penggendali Bos Gaurus menukar sedikit game plan (separuh masa kedua) dengan meletakkan Toski di wide area serta menambah kekuatan serangan dengan menggandingkan Mirchev bersama Yashir.

Pertukaran taktikal ini dilihat segera memberikan impak di mana pada minit ke 46, Perak nyaris dihadapan apabila hantaran cantik Toski disebelah kiri gagal disudahkan Yashir yang sedikit terlewat menyambut hantaran dalam kotak penalti lawan.

Begitu juga peluang hadir pada mimit ke 52 apabila serangan bertali arus pasukan Perak hampir menghasilakan gol pertama, mujurlah sepakan leret Nasir berjaya dihalang Wan Azraie.

Set Pieces:

Kelemahan masih terdapat pada barisan pertahanan Pahang. Satu gol dilepaskan menerusi sepakan sudut manakala pada minit ke 81, Perak sepatutnya mengutip 3 mata apabila sepakan percuma Nazirul dari sebelah kiri gagal disudahkan Shahrom Kalam yang jelas tidak dikawal.

Back four:

Gandingan Jae Won-Afif sebagai CB masih boleh diperbaiki terutamanya peranan Jae Won sebagai initiator attack from behind. Hantaran jauhnya perlu diperkemaskan persis peranan Damion Stewart beberapa musim yang lalu.

Man of the Match:

Penulis melihat peranan yang dimainkan oleh Kiko sebagai defensive midfielder sangat positif terutama peranannya sebagai ball winner dibahagian tengah. Covering area terutamanya pada separuh masa pertama turut menjadi faktor kepada pemilihan ini yang mungkin memaksa Tosic bertindak dibahagian flank pada separuh masa kedua.

Kesimpulan: Satu mata yang sangat berharga dibawa pulang semalam berbekalkan skuad yang masih belum lengkap sepenuhnya. Kehadiran 2 lagi kuota import pada pertemuan Jumaat ini sememangnya dinanti untuk skuad Tok Gajah bangkit kembali. Keupayaan mengikat Perak di tempat lawan satu keputusan positif berbekalkan reputasi skuad Perak yang dilabelkan sebagai pencabar utama kejuaraan liga musim ini.

Player ratings (/10):

  1. Azraie (7.5)
  2. Davies (7.5)
  3. 3. Afif (7.5)
  4. Jae Won (7)
  5. Faisal Rosli (7.5)
  6. Azam (7.5)
  7. Kiko (8.5)
  8. JKT (8)
  9. Sumareh (7.5)
  10. Syamim (8)
  11. Ashari (7.5)
  12. Faisal Halim (6) (Subs)
  13. Muslim (6) (Subs)

Foto (featured image) oleh: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top