Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Pahang dan Sepak Mula Liga Super

Pahang dan Sepak Mula Liga Super

Rekod perlawanan pembukaan Liga Super bagi pasukan Pahang 2004-2016 *Juga merupakan perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah

Menjelang sepak mula Liga Super 2017, keghairahan pastinya hadir dalam jiwa penyokong Pahang, selama semusim menanggung ‘derita’ melihat pasukan kesayangan dirombak dek DNA, kini Tok Gajah bakal tampil dengan wajah serba baru.

Musim ke-14 Liga Super Malaysia ini bakal membuka tirai pada 20 Januari yang juga sebagai perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah menemukan juara Liga Super, JDT dan juara Piala Malaysia, Kedah di Larkin.

Pahang pula bakal berkunjung ke Stadium Ipoh, Perak untuk sepak mula musim 2017 bertemu The Bos Gaurus. Berikut prestasi Pahang dalam perlawanan pembukaan Liga Super sejak 2004 :

Prestasi Pahang dalam perlawanan pembukaan Liga Super

Liga Super diperkenalkan pada 2004 dengan perlawanan pembukaan tumpuan antara Pahang dan juara Liga Perdana 1 2003, Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berakhir 0-0.

Pahang mencapai kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Liga Super pada musim berikutnya, menewaskan pasukan berbelanja besar, Selangor MPPJ 3-2.

Dua musim berikutnya Pahang tewas dalam kedua-dua perlawanan pembukaan Liga Super.

Paling diingati tewas pada musim 2006-07 yang juga perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Utama Kangar.

Bermula musim 2009 hingga 2013, Pahang menang dalam kesemua perlawanan pembukaan liga dan kesemuanya di gelanggang keramat, Stadium DarulMakmur.

Memori indah menamatkan penantian 21 tahun menjulang kembali trofi Piala Sultan Ahmad Shah pada 2014 menundukkan Lions XII antara yang paling diingati.

Pahang sekali lagi merebut trofi Piala Sultan Ahmad Shah bertemu JDT di Larkin musim berikutnya, namun tewas 0-2.

Musim lepas, Pahang berpeluh sebelum berjaya mengikat T-Team 2-2 di Stadium DarulMakmur.

Perlawanan pembukaan musim 2017 menyaksikan pertemuan kali ketiga Pahang bertemu Perak dalam aksi pembuka tirai namun kali ini bakal bertandang ke Stadium Ipoh.

Perak yang juga seperti Pahang, tampil dengan beberapa muka baru dijangka bakal menjadi pesaing utama dalam kelompok atasan Liga Super 2017.

Perlawanan di Ipoh nanti bakal menjanjikan aksi menarik antara kedua pasukan.

Semoga Tok Gajah bermula dengan “langkah kanan” dengan berjaya menjinakkan The Bos Gaurus !

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top