Anda di sini
Laman Utama > Admin > Saarvindran – Bukit Jalil, Queensland dan DarulMakmur

Saarvindran – Bukit Jalil, Queensland dan DarulMakmur

Dilahirkan dari produk Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), penama Saarvindran a/l Devandran merupakan anak jati Selangor ini sudah menabur jasa selama dua musim di bumi Darulmakmur.

Berumur 24 tahun, beliau menyertai Pahang bersama seorang lagi produk dari Harimau Muda, Gary Steven Robat (sebelum di’rompak’ JDT), dalam keadaan kecederaan lutut yang agak teruk, Saarvin bangkit membuktikan beliau memang salah seorang pemain sayap yang berbakat.

Dari SSBJ Ke Queensland

Saarvin mula bermain secara profesional dalam kancah Liga Perdana 2010 seawal 18 tahun bersama Harimau Muda B dan berjaya menduduki tangga ke-5 liga.

Beliau muncul penjaring ketiga terbanyak liga dengan 8 gol keseluruhan di belakang Zamri Hassan (PKNS) dan Fatrorazi Rozi (Felda Utd) .

Musim kedua Saarvin beraksi di Liga Perdana bersama Harimau Muda B menyaksikan mereka sukar bersaing dan sekadar berpuas hati di tangga ketiga tercorot.

Musim 2012, Saarvin menyertai Harimau Muda A di bawah kendalian Ong Kim Swee bersaing dalam Liga S dan cemerlang membantu skuad muda negara itu menduduki tangga ke-4 liga dengan menjaringkan 3 gol.

Semasa pusingan Kelayakan Piala AFC U22 2013 di Myanmar, Saarvin berjaya menjaringkan 2 gol dalam kejohanan tersebut walaupun skuad muda negara gagal ke pusingan akhir yang akan diadakan di Oman.

Selepas musim yang cemerlang di Singapura, Saarvin menyertai Program Latihan dan Perlawanan Harimau Muda A di Slovakia sepanjang 2013 sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar dan berjaya menjaringkan 1 gol ketika bertemu Vietnam dalam kejohanan dwitahunan tersebut, namun gagal membantu skuad negara mempertahankan pingat emas selepas sekadar menduduki tangga keempat kejohanan.

Tamat Sukan SEA, Harimau Muda A kemudiannya memilih untuk bersaing dalam National Premier League Queensland di Australia pada 2014 dengan skuad negara menduduki tangga ke-9 liga dari 13 pasukan dan Saarvin berjaya menjaringkan 6 gol semasa di sana.

Bersama Tok Gajah

Saarvindran mengejutkan peminat bola sepak tanah air, apabila memilih Pahang sebagai pasukan ‘senior’ pertamanya berbanding negeri kelahirannya, Selangor untuk musim 2015.

Beliau menyertai Pahang bersama Gary Steven Robat, yang kemudiannya timbul kontroversi perebutan antara 3 pasukan iaitu Kedah, Pahang dan JDT bagi memiliki Gary, yang kemudian akhirnya Gary memilih mewakili JDT.

Peringkat awal di Pahang, Saarvin kurang cergas berikutan kecederaan lutut dialami beliau dan akhirnya membuat kemunculan pertama sebagai pemain gantian apabila menggantikan Alex di penghujung permainan ketika Tok Gajah membenam cabaran Perak 1-0 di Darulmakmur.

Saarvin berjaya menjaringkan 1 gol dalam 15 perlawanan domestik pada musim pertama di Darulmakmur perlawanan Liga Super ketika menentang PDRM.

Sementara pada musim yang sama, ketika saingan Piala AFC, Saarvin menjaringkan 2 gol ketika membelasah kelab Myanmar, Yadanarbon FC 7-4 di Kuantan.

Beliau kemudiannya membantu Pahang mengakhiri musim 2015 sebagai Naib Juara Liga Super (sebelum ditolak mata isu Borji) dan berjaya memasuki peringkat separuh akhir dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Musim kedua bersama pasukan Pahang, Saarvin makin kerap mengisi kesebelasan utama pasukan setelah penghijrahan beramai-ramai pemain senior.

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol musim lalu, beliau dilihat berjaya membantu memimpin skuad serba muda Pahang menghadapi saingan pasukan yang lebih besar dan juga membantu Pahang kekal dalam saingan Liga Super untuk 2017.

Sertai JDT

Bermula musim 2017 selepas kesemua pemain melapor diri, Saarvindran memilih kekal di Pahang dan menyertai skuad Dollah Salleh dalam sesi pramusim termasuk menjaringkan dua gol semasa di Bangkok.

Namun, kerana keinginan beliau yang inginkan beraksi lebih kerap, beliua telah memilih untuk menyertai pasukan selatan tanahair, Johor Darul Takzim bagi musim 2017, menyertai bekas rakan seperjuangan di Pahang pada musim 2015, Azammuddin Akil dan Gopinathan.

Kami di Tokgajah.com mendoakan beliau berjaya dalam karier.

Semoga Maju Jaya Saarvin !

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top