Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Jersi Rasmi Pasukan – Apakah Yang Selalunya Penyokong Mahu?

Jersi Rasmi Pasukan – Apakah Yang Selalunya Penyokong Mahu?

Bermula 2017, pasukan Pahang bakal ditaja Jako, sebuah jenama daripada Jerman yang juga menaja beberapa pasukan besar seperti Bayer Leverkusen dan Hannover 96 di Bundesliga mengakhiri 3 tahun perjanjian dengan jenama Puma.

Keghairahan penyokong Pahang boleh dilihat dengan beberapa gambaran ‘design’ jersi telah cuba di reka dan di sebar di Facebook, Whatapps dan sebagainya.

Ada juga gambar ‘leaked’ jersi tersebut telah diperiksa pegawai atasan PBNP, sama ada sahih atau tidak, tiada siapa dapat mengesahkan.

Namun dalam keghairahan tersebut, terdapat juga perkara lucu dan pelik dalam hal penajaan jenama rasmi pasukan ini.

Antaranya ialah apabila pasukan masih menjalankan latihan memakai baju jenama Puma sedangkan sepatutnya  jenama Jako sudah patut digunakan apbila diumum sebagai jenama rasmi bagi musim 2017.

Perkembangan perlahan ini memperlihatkan adakah pihak Jako tidak serius dalam menaja pasukan atau ada pihak yang lambat membuat kerja?

Lazimnya, apabila berkata tentang jersi, ada beberapa persoalan berkaitan sering berlegar dalam fikiran penyokong, antaranya :

1. Majlis perlancaran jersi pasukan?

Jangan salahkan penyokong jika soalan begini sering diajukan.

Majlis ala pasukan luar negara ini telah lama dipraktikkan di Malaysia dan sering dinanti penyokong, malah pasukan Liga Lembah Klang yang bertaraf amatur, Shah Alam Antlers pun ada majlis perlancaran jersi !

Kali terakhir Pahang melancarkan jersi melalui majlis rasmi adalah pada musim 2015 (walaupun tak seberapa), musim 2016 jersi rasmi di’lancar’kan sekadar dalam ‘tweet’ yang mengatakan jersi rasmi boleh didapatkan di Al-Ikhsan.

Hakikatnya, majlis rasmi seperti ini sebenarnya boleh mengeratkan lagi hubungan pasukan dan penyokong, selain kelab juga boleh membuat untung melalui majlis ini !

2. Rupa jersi pasukan?

Persoalan utama yang sering dinantikan peminat dan menjadi perbualan di media sosial mahupun whatsapp group.

Cantik atau tidak, jersi rasmi yang ori pasti dikejar peminat malahan pengumpul jersi yang sebenanrnya bukan peminat kelab itu sendiri.

Namun begitu, keghairahan ini ‘diragut’ jika peminat hanya boleh melihat rupa jersi hanya pada perlawanan pertama liga !

Suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam era bola sepak profesional.

3. Harga jersi dan dimana boleh didapatkan?

Harga jersi rasmi/original pasukan sangat memainkan peranan serta sangat bergantung kepada penaja pasukan dan pihak pengurusan.

Harga yang mahal dan tidak setanding dengan kualiti bakal membuatkan peminat lebih mengejar jersi tiruan.

Penaja dan pasukan telah hilang ‘duit free’ dari peminat fanatik mereka sendiri ! Kemudahan untuk dapatkan jersi rasmi pasukan sangat penting, ini dapat mengelak peminat lebih berminat mendapatkan jersi tiruan. Sepanjang menggunakan jenama ‘Puma’, jersi rasmi sangat mudah didapati iaitu di Al-Ikhsan seluruh negara (Syabas buat Puma dan pihak pengurusan). Diharap jenama ‘Jako’ tidak mengulangi episod hitam jenama ‘Stobi’.

4. Kualiti jersi

Persoalan ini lazimnya selalunya berlegar dalam kepala pengumpul tegar jersi ‘original’ sahaja. Kualiti patch liga, penaja dan logo pasukan kini kian mengecewakan. Paling malang, harga jersi pula dijual tidak setanding dengan kualiti jersi ! Pasukan boleh jadikan Liga Indonesia sebagai ikutan, pasukan akan melancarkan melalui pihak merchandise rasmi pasukan 2 jenis jersi, iaitu replika dan spesifikasi pemain. Jersi replika boleh menggunakan material kain dan patch lebih murah dan boleh dijual murah (Persib Bandung dalam RM30++ sahaja), manakala spesifikasi pemain boleh dijual mahal kerana sama dengan apa pemain pakai serta boleh dijual mahal, pengumpul dan peminat tegar akan membeli walau harga mencecah ratusan ringgit !

Kesimpulan

Bola sepak kini seiring dengan perubahan zaman, kalau hal sebesar jersi rasmi pasukan ini pun masih gagal di atasi, jauh sekali untuk menjadi sebuah kelab yang lebih profesional. Zaman jersi rasmi dan baju latihan tidak seragam, baju latihan ada nama bekas pemain di belakang sepatutnya sudah tidak berlaku di zaman era bola sepak profesional. Pasukan gagal mempamerkan imej bukan sahaja gah dari segi permainan, malah gagal dari segi penampilan pasukan. Buat penyokong dan peminat pasukan Pahang pula, belilah jersi original sahaja dan boikot jersi tiruan ! Kalau kita mahu pengurusan seperti di Eropah, kita pun perlu berubah seperti penyokong di Eropah yang sanggup berbelanja demi pasukan. Diharap pihak ‘Jako’ dan pengurusan mengambil berat isu ini dan peminat juga berharap ada kejutan majlis perlancaran jersi di Temerloh pada Sabtu ini.

“Kami tidak melihat jersi rasmi sekadar kain di badan, tetapi kami anggap jersi rasmi adalah kulit badan kami !” – Penyokong/Pengumpul tegar jersi ‘Original’ Pahang

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top