Anda di sini
Laman Utama > Berita > Davies azam sediakan barisan defensif lebih ampuh pada 2017

Davies azam sediakan barisan defensif lebih ampuh pada 2017

Pemain Kebangsaan Harimau Malaysia yang juga pertahanan Pahang nyata tidak menyorokkan perasaan teruja dengan kehadiran rakan-rakan baru dalam skuadnya yang bakal menempuh saingan Liga Malaysia pada musim 2017 lapor Mezzo Fauzi.

Beliau yang tercalon dalam senarai akhir bagi dua kategori dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 baru-baru ini mengakui barisan pengalaman dan berkualiti bakal menjadi tunjang pada pasukan Pahang yang juga menerima kehadiran kembali bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Dolah Salleh.

Beliau yang berazam untuk membentuk gandingan lebih ampuh dengan rakan-rakan barunya yang rata-rata pernah menggangotai skuad kebangsaan dan mengakui memerlukan lebih masa untuk membentuk persefahaman lebih-lebih lagi beliau baru sahaja menyertai sesi latihan kerana bercuti setelah terlibat dengan Piala AFF 2016 November lepas.

“Tidak dinafikan, tahun lebih banyak pemain yang berpengalaman dan juga berkualiti. Fasa sekarang adalah untuk mencari keserasian dan cuba bermain sebagai satu pasukan.

Apa yang saya lihat pasukan berusaha untuk  bermain dengan baik dan penuh semangat dan juga mencuba pelbagai kombinasi yang saya fikir amat menarik tetapi banyak lagi yang perlu kami usahakan untuk memantapkan di bahagian belakang dan kami berusaha keras kearah itu.”

Melihat kepada barisan pemain yang ada, Davies yang sudah menyertai Pahang untuk tahun ketiga mensasarkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini setelah mengharungi musim yang suram pada tahun 2016 sehingga hampir tersingkir ke Liga Premier.

“Harapan kami tinggi tahun ini dan berharap untuk mengakhiri liga di kedudukan tiga atau empat teratas.

Selain itu kami mahu pergi jauh dalam kejohanan Piala FA atau Piala Malaysia dan mungkin harapnya kami memenangi sesuatu.”

Untuk rekod, Matthew yang bermain hampir kesemua perlawanan pada musim lepas menjaringkan sudah menjaringkan 2 gol dan pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Pasukan Pahang pada pertengahan musim setelah ketiadaan Zesh Rehman yang ditamatkan kontrak.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top