Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pendekatan berbeza Kuantan FA musim ini – Zulhamizan

Pendekatan berbeza Kuantan FA musim ini – Zulhamizan

Skuad Kuantan FA mungkin mengambil pendekatan taktikal berbeza bagi menghadapi Liga Premier pada tahun ini sebagai langkah penambahbaikan menurut Ketua Jurulatihnya, Zulhamizan Zakaria lapor Mezzo Fauzi.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan persahabatan Klasik-Ko antara pasukan bimbingannya Kuantan FA menentang pasukan senegeri Pahang FA di Stadium MP Temerloh malam semalam.

Menggunakan sepenuhnya pemain tempatan di bahagian pertahanan bakal menjadikan Kuantan FA berani dalam menongkah arus tatkala pasukan lain sekurang-kurang mempunyai seorang pemain import bagi posisi tersebut.

“Pendekatan saya senang, sistem bertahan yang baik ialah mempunyai serangan yang baik.

Sebab itu, saya mengambil 3 pemain import di posisi tengah selain saya percaya kepada pemain pertahanan tempatan kerana mereka boleh berkomunikasi dengan bahasa yang sama dan Insya Allah mereka boleh mencapai sesuatu tahun ini.”

Selain itu, beliau juga merancang untuk menukarkan posisi asal pemain import dari Serbia Ljuba Baranin dari pertahanan ke serangan apabila melihat keupayaan pemain itu menyerlah ketika mencuba di posisi barunya itu pada musim lepas.

“Dari tahun lepas lagi saya sudah mencuba dan ingin mengekalkan beliau bermain sebagai penyerang, tetapi oleh kerana masih ada (Dao) Bakary saya kurang menggunakan taktikal ini.

Semasa sesi latihan saya lihat dia effektif sebagai penyerang dan saya harap tahun ini dia akan membuka mata pasukan-pasukan perdana yang lain.”

Mengulas tentang persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan malam semalam, hilang fokus pada minit terakhir perlawanan nyata meresahkan beliau kerana perkara yang sama berlaku ketika saingan liga musim lepas.

“Saya kurang sikit berpuas hati tentang persembahan mereka lebih-lebih lagi ketika 10 minit terakhir disebabkan mereka hilang fokus dan meng’hadiah’kan dua gol kepada pihak lawan atas kelalaian sendiri bukan kerana peluang yang mereka hasilkan.

10 minit terakhir itu sedikit mencacatkan apa yang mereka persembahkan pada malam ini.”

Dalam perlawanan persahabatan semalam, Kuantan FA berjaya menewaskan Pahang FA dengan keputusan 4-3 di hadapan hampir 2,000 penyokong yang membanjiri Stadium MP Temerloh semalam.

Perlawanan Pahang FA-Kuantan FA ini adalah yang pertama sejak kali terakhir diadakan pada 2013.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top