Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kuantan Rangers akhiri impian ke LFK2017

Kuantan Rangers akhiri impian ke LFK2017

Pendatang baru Liga Futsal Kebangsaan (LFK), Kuantan Rangers terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan lebih tinggi apabila tersinggkir setelah hanya menduduki tempat keempat dalam kumpulan setelah tamat hari kedua pusingan kelayakan petang semalam.

Memperolehi 2 mata hasil 2 seri dan 2 kekalahan, Kuantan Rangers terpaksa akur dengan kekuatan pasukan lain yang tampak lebih bersedia dan menonjol.

Tewas tipis 3-4 pada perlawanan pertama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pasukan bimbingan Mohammad Faizul Abdul Gaffar gagal bangkit pada perlawanan kedua setelah tewas dengan jaringan lebih besar 1-4 ditangan pasukan Pulau Pinang.

Pada hari kedua, mereka bermain lebih baik namun gagal mencipta kemenangan apabila hanya mampu seri dengan dua pasukan selebihnya iaitu ATM dan KSMR Kangar dengan keputusan yang sama 4-4.

Pasukan MBPP sudahpun layak ke LFK2017 apabila bergelar Juara kumpulan B walaupun masih berbaki satu perlawanan setelah mengumpul 9 mata manakala ATM dan Pulau Pinang kini bersaing untuk bergelar Naib Juara kumpulan.

Naib Juara kedua-dua kumpulan kemudian akan bertarung sesama sendiri untuk mengisi slot terakhir bagi menggantikan Selangor yang sudah mengesahkan menarik diri dari LFK2017 semalam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI:

KUMPULAN A

Sarawak 5-3 Sabah Quilmes FC

KL Imigresen FC 4-10 KL Petaling Putra FC

KL Imigresen FC 0-8 Sabah Quilmes FC

KL City FC  6-2 Sarawak

KUMPULAN B

ATM 4-4 Kuantan Rangers FC

KSMR Kangar FC 4-10 MBPP

KSMR Kangar FC 4-4 Kuantan Rangers FC

Pulau Pinang 0-1 ATM

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top