Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang dapat lawan sukar, Kuantan FA dan Shahzan Muda kemungkinan bertemu

Pahang dapat lawan sukar, Kuantan FA dan Shahzan Muda kemungkinan bertemu


Teka teki lawan wakil Pahang dalam saingan Piala FA 2017 sudah terjawab apabila sesi undian kejohanan itu selesai dijalankan pada petang tadi di Hotel GENO, Subang Jaya.

Pahang yang terkandas pusingan ketiga musim lepas dijangka mendapat saingan sukar apabila akan ke selatan tanah air setelah diundi menentang JDT II di  Stadium Pasir Gudang dalam pusingan kedua.

Manakala Kuantan FA pula di atas kertas mendapat laluan mudah setelah diundi menentang antara dua pasukan dari Liga FAM iaitu Sime Darby FC dan Shahzan Muda di tempat lawan.

Shahzan Muda terpaksa mengharungi pusingan pertama dan akan menentang Sime Darby FC yang baru diturunkan pangkat dari 100plus Liga Premier di tempat lawan.

Pusingan pertama akan dijalankan pada 5 Februari 2017 manakala pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 14 Februari 2017 dan dijalankan secara kalah mati satu pusingan.

Pada pusingan ketiga nanti, satu lagi sesi undian akan dijalankan dengan 16 pasukan yang menang akan kembali menanti lawan masing-masing nanti.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top