Anda di sini
Laman Utama > Anugerah Bolasepak Kebangsaan > Matthew Davies tersenarai calon akhir

Matthew Davies tersenarai calon akhir

Kapten Pahang FC musim 2016, Matthew Davies merupakan satu-satunya pemain Pahang FC yang tercalon dalam senarai akhir Anugerah Bolasepak Negara 2016 (ABK2016) yang bakal berlangsung pada malam esok di Hotel GENO, Subang Jaya.

Beliau yang merupakan pemenang Anugerah Pemain Muda Harapan bagi musim 2015 turut menjadi calon akhir bagi kategori yang sama selain tercalon dalam Kategori Pertahanan Terbaik bersama 4 lagi pemain lain iaitu Shukor Adan dari Felda United, Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), Rizal Ghazali (Kedah) dan Ronny Harun (Sarawak).

Untuk Kategori Pemain Muda Harapan, Matthew nampak sukar mempertahankan kemenangan apabila disaingi oleh 3 pemain dari pasukan Kedah iaitu Amirul Hisyam Awang Kechik, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan juga pemain dari TTeam yang kini berhijrah ke JDT, Safawi Rasid.

Selain itu, Kuantan FA juga mempunyai wakil apabila penyerang mereka Malik Mat Ariff akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) yang juga anugerah yang baru diperkenalkan apabila meledak 10 gol pada musim 2016.

Senarai akhir 5 terbaik ini diundi 24 pengamal media yang terpilih daripada 10 pemain yang dicalonkan oleh FMLLP dan Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dari penilaian prestasi sepanjang musim 2016.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 akan dilangsungkan pada Jumaat, 23 Disember ini di Geno Hotel Subang Jaya bermula jam 8 malam dengan sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan dengan 9 daripadanya adalah kategori baru.

Senarai penuh calon akhir ABK2016 :

  1. Pemain Paling Bernilai : Juara Lepas – Safiq Rahim (JDT)
  2. Penyerang Terbaik : Juara Lepas – Amri Yahyah (JDT)
    • Amri Yahyah (JDT)
    • Azinee Taib (JDT)
    • Zaquan Adha Abd Radzak (JDTII)
    • Syafiq Ahmad (Kedah)
    • Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
  3. Pemain Tengah Terbaik : Juara Lepas – Safiq Rahim (JDT)
    • Safiq Rahim (JDT)
    • Baddrol Bakhtiar (Kedah)
    • Syazwan Zainon (Kedah)
    • R. Gopinathan (Selangor)
    • Safawi Rasid (T-Team)
  4. Pertahanan Terbaik : Juara Lepas – Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT)
    • Shukor Adan (Felda United)
    • Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT)
    • Rizal Ghazali (Kedah)
    • Matthew Davies (Pahang)
    • Ronny Harun (Sarawak)
  5. Penjaga Gol Terbaik : Juara Lepas – Farizal Marlias (JDT)
    • Farizal Marlias (JDT)
    • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
    • Syazwan Yusoff (Melaka)
    • Hafizul Hakim Khairul Nizam (Perak)
    • Khairul Azhan Khalid (Selangor)
  6. Jurulatih Terbaik : Juara Lepas – Mario Gomez (JDT)
    • Irfan Bakti Abu Salim (Felda United)
    • Mario Gómez (JDT)
    • Tan Cheng Hoe (Kedah)
    • Mat Zan Mat Aris (Melaka)
    • E. Elavarasan (PKNS)
  7. Pemain Import Terbaik : Juara Lepas – Luciano Figueroa (JDT)
    • Jorge Pereyra Díaz (JDT)
    • Juan Martín Lucero (JDT)
    • Liridon Krasniqi (Kedah)
    • Ilija Spasojević (Melaka)
    • Andik Vermansah (Selangor)
  8. Pemain Muda Harapan : Juara Lepas – Matthew Davis (Pahang)
    • Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah)
    • Farhan Roslan (Kedah)
    • Syafiq Ahmad (Kedah)
    • Matthew Davies (Pahang)
    • Safawi Rasid (T-Team)
  9. Laman Web Terbaik : Kategori Baru
    • Johor Southern Tigers
    • Selangor FA
    • Sime Darby FC
    • Penang FA
    • Terengganu
  10. Media Sosial Terbaik : Kategori Baru
    • Johor Southern Tigers
    • Melaka United
    • Selangor FA
    • Terengganu FA
    • Kedah FA
  11. Anugerah Fair Play : Juara Lepas – LionsXII
  12. Pemain Wanita Terbaik : Juara Lepas – Nurul Azurin Mazlan (Sabah)
  13. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) : Kategori Baru
  14. Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) : Juara Lepas – Dramane Traore (PDRM, 20 gol)
  15. Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) : Kategori Baru
  16. Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier) : Juara Lepas – Francis Forkey Doe (NS Matrix, 17 gol)
  17. Pasukan Bolasepak Terbaik : Juara Lepas – Kedah
  18. Penyokong Terbaik : Juara Lepas – Elephant Army (Pahang)
  19. Anugerah Komuniti : Kategori Baru
  20. Anugerah Khas – Piala Presiden : Kategori Baru
  21. Anugerah Khas – Piala Belia : Kategori Baru
  22. Anugerah Selamat Datang – MISC MIFA : Anugerah Khas
  23. Anugerah Selamat Datang – PKNP FC : Anugerah Khas
  24. Penghargaan Khas : Juara Lepas – Kategori Baru
  25. Penghormatan Khas : Juara Lepas – Kategori Baru
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top