Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kuantan Rangers pilih jalan sukar

Kuantan Rangers pilih jalan sukar

Hari pertama Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2017, mendatangkan episod duka buat pendatang baru kejohanan ini, Kuantan Rangers apabila memilih jalan sukar apabila tewas dalam kedua-dua perlawanan awal mereka semalam.

Dalam perlawanan pertama mereka menentang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pasukan itu tewas tipis dengan keputusan 3-4 walaupun mereka cuba bangkit apabila ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama.

Pada sebelah petang, ketumpulan penyudah menjadi punca kepada kekalahan kedua mereka kepada Pulau Pinang dengan keputusan 1-4 walaupun menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Untuk layak, Kuantan Rangers nampaknya tiada pilihan lain selain perlu menang dalam baki dua lagi perlawanan sambil mengharapkan keciciran mata pasukan lain dalam kejohanan 3 hari ini.

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI:

Kumpulan A

KL City FC 16-0 KL Imigresen FC

Sabah Quilmes FC 2-1 KL Petaling Putra FC

KL Petaling Putra FC 5-4 Sarawak

Sabah Quilmes FC 5-5 KL City FC

KUMPULAN B

Pulau Pinang 0-0 KSMR Kangar FC

Kuantan Rangers FC 3-4 MBPP

MBPP 5-1 ATM

Pulau Pinang 4-1 Kuantan Rangers FC

Sementara itu, FAM dalam kenyataan di twitter memaklumkan perubahan format kelayakan ke LFK2017 setelah terdapat satu lagi slot kekosongan apabila Selangor mengesahkan untuk menarik diri semalam.

Dalam format terkini, Juara bagi setiap kumpulan akan terus layak secara automatik ke LFK2017 manakala Naib Juara kumpulan akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan playoff untuk merebut satu lagi slot tambahan.

Ini bermakna, perlawanan silang Juara melawan Naib Juara setiap kumpulan dalam format sebelum ini tidak akan diadakan.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top