Anda di sini
Laman Utama > Berita > Misi layak ke LFK2017

Misi layak ke LFK2017

Sebanyak 10 pasukan bakal berentap  dalam pusingan kelayakan pada 21 hingga 23 Disember ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam bagi merebut 2 slot ke Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang sebelum ini telah ‘berehat’ semusim berikutan ketiadaan penaja.

Dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan akan dianggotai dengan 5 pasukan, Juara dan Naib Juara pusingan kelayakan ini akan menyertai 8 lagi pasukan yang sudah pun layak sebelum ini iaitu juara bertahan Felda United FC, T-Team, Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Selangor, Pahang dan Sabah.

Pendatang baru dari Pahang, Kuantan Rangers yang dilatih oleh Mohammad Faizul Abdul Gaffar mula dibentuk sejak bulan November lalu tidak gentar dengan pasukan-pasukan lain yang kebanyakkan sudah mempunyai ‘pengalaman’ dalam arena futsal peringkat kebangsaan.

Dibarisi hampir 80 peratus pemain dari negeri Pahang dengan gabungan pemain senior dan muda, sasaran awal pasukan ini ialah untuk layak ke Liga Utama.

“Kami hadir sebagai wakil kelab dari negeri Pahang. Umum tahu yang Pahang mempunyai pasukan negeri dan kerana negeri Pahang ini agak besar, kemungkinan ada bakat-bakat terpendam. Jadi slot ini saya gunakan untuk menggabungkan pemain muda dan senior yang mana 80 peratus adalah pemain berasal dari Pahang.”

Dalam sesi undian yang dijalankan semalam, Kuantan Rangers diundi dalam kumpulan B bersama ATM, KSMR Kangar FC, Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) manakala kumpulan A dibarisi oleh Sarawak, KL Imigresen FC, KL Petaling Putra FC, KL City Fc dan Sabah Quilmes FC.

Majlis undian tadi disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Melaka.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top