Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kuantan FA uji kemampuan di Lembah Klang

Kuantan FA uji kemampuan di Lembah Klang

Kuantan FA akan menguji kesefahaman pasukan sebelum sepak mula Liga Malaysia apabila berkunjung ke Lembah Klang untuk menentang 3 pasukan sebagai jadual pemanas badan mereka  bermula hari ini hingga 23 Disember.

Skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria itu akan menentang pendatang baru Liga Super PKNS FC di Kompleks Sukan PKNS malam ini diikuti PDRM pada keesokan harinya dan yang terakhir menentang Juara Piala FAM 2016, MIFA FC di USIM pada hari terakhir.

Kuantan FA yang dibarisi hampir 100% pemain tempatan yang berasal dari Pahang telah selesai menandatangani kesemua pemain tempatan mereka termasuk berjaya mendapatkan penjaring terbanyak Liga Bolasepak Rakyat 2016, Nabilah Khan dan mengekalkan penjaring terbanyak Liga Premier 2016 bagi pemain tempatan, Malik Mat Ariff.

Latihan pra musim ini bakal menjadi pentas terbaik bagi Zulhamizan mengenalpasti kesebelasan utama mereka selain menguji beberapa pemain import untuk menghadapi Liga Malaysia 2017.

Peminat-peminat Kuantan FA terutamanya di Lembah Klang dijemput untuk memberi sokongan di venue-venue berdekatan anda.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top