Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jenama Jerman pilihan Pahang FA

Jenama Jerman pilihan Pahang FA

Pahang FA baru-baru ini telah mengumumkan akan menggunakan jenama JAKO sebagai penaja rasmi kit mereka untuk musim 2017.

Perkara itu diumumkan dalam laman sosial Facebook mereka  beberapa hari yang lepas serentak dengan penggunaan jersi jenama tersebut semasa perlawanan persahabatan pertama di Thailand menentang Rayong FC.

Beribu pejabat di daerah Hollenbach, Jerman JAKO merupakan satu jenama yang masih asing bagi rakyat Malaysia dan pasukan Pahang merupakan pasukan pertama yang menggunakan jenama ini.

Selain Pahang, JAKO telah menaja beberapa pasukan di serata dunia antaranya ialah Bayern Laverkusen(Jerman), Hannover 96 (Jerman) dan FC Bunyodkor (Uzbekistan)

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top