Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA kekalkan 15 pemain

Kuantan FA kekalkan 15 pemain

Pasukan Kuantan FA semalam mengumumkan untuk mengekalkan 15 pemain dari pasukan musim lepas bagi menghadapi saingan Liga Malaysia untuk tahun 2017 merujuk kepada status terbaru mereka di Facebook rasmi semalam.

Barisan pemain di ketuai oleh penjaring terbanyak pemain tempatan Abdul Malik Mat Ariff yang memilih kekal walaupun mendapat tawaran lumayan dari pasukan lain.

Pemain lain yang dikekalkan ialah penjaga gol Khairul Nidzam dan Sheril Anuar, pertahanan Khairul Azman, Norfahmie Hadzrin, Nur Zhafri Zaini, Amer Aziz, Hashim Shamsuddin, Syafiq Isa, Nur Zhafri Zaini, Amer Aziz dan Isskandar Zulkarnaen.

Pemain tengah Rafizi Zahari,  Badrulhisyam Rozi,  Abdul Wafiy Abdul Ghaffar,   Shahrul Aizad dan Syafiq Razali juga dikekalkan oleh pihak pengurusan Kuantan FA.

Mereka juga telah membawa masuk 4 pemain baru ke dalam skuad iaitu 2 pemain dari Liga Kuantan Badrul Amin dari Barsel FC dan Khairul Helmy (Sagu Generation FC), Fakhri Syami (Belia Pahang) dan penjaring terbanyak Liga Bolasepak Rakyat Nabilah Khan.

Tiada kenyataan rasmi mengenai kuota pemain import, kemungkinan 2 orang pemain dari musim lepas dikekalkan iaitu pertahanan Siberia Ljuba Baranin dan pemain tengah Korea, Sim Wonsub serta mengambil semula Shunsuke Nakatake yang cedera pada pertengahan musim lepas.

Pemain import lain iaitu Srdjan Vidakovic tidak disambung manakala penyerang import dari Ivory Coast, Dao Bakary memilih untuk berhijrah ke PDRM.

Mengekalkan Ketua Jurulatih pada musim lepas iaitu Zulhamizan Zakaria, Kuantan FA mensasarkan untuk membaiki keputusan yang dicatatkan pada musim 2016 serta layak untuk bertanding pada Piala Malaysia 2017.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top