Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang kembali menggunakan logo lama

Pahang kembali menggunakan logo lama

Pasukan Liga Super Pahang mengambil keputusan untuk kembali menggunakan logo dan nama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dalam kancah Liga Malaysia yang bakal bermula bulan hadapan menurut laman Facebook mereka hari ini.

Sebelum ini, pasukan ini telah melakukan penjenamaan nama kepada Pahang FC dan menggunakan logo baru sebagai menghadapi saingan Liga Malaysia 2016 namun dengan prestasi yang terumbang ambing serta isu ciplak pada logo membuatkan keterujaan peminat terhadap penjenamaan terjejas.

Walaupun begitu, tiada penjelasan daripada pihak PBNP tentang penswastaan dan perlesenan kelab yang mana telah diwajibkan kepada pasukan bertanding oleh FMLLP bermula saingan liga 2018.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top