Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC berkampung di Thailand cari keserasian

Pahang FC berkampung di Thailand cari keserasian

Pasukan Liga Super Pahang FC pada hari ini terbang ke Thailand untuk mengadakan sesi pra musim menjelang sepak mula Liga Malaysia yang bakal bermula pada 21 Januari depan.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu bakal menentang 4 pasukan dari Liga Thailand dengan dua daripadanya merupakan pasukan Liga Utama Thailand manakala masing-masing satu dari Liga Divisyen 1 Thailand dan Liga Kejuaraaan Thailand.

Perlawanan pertama adalah di Stadium Daerah Rayong menentang pasukan Rayong FC pada 14 Disember diikuti menentang pasukan PTT Rayong yang beraksi dalam Liga Divisyen 1 Thailand di Stadium PTT juga di Rayong pada 16 Disember 2016.

Seterusnya, Pahang FC akan menguji dua pasukan dari Liga Utama Thailand iaitu Port FC (18 Disember) di tempat mereka di Stadium PAT, Bangkok dan menamatkan jelajah dengan menentang pasukan Chonburi FC di Stadium Chonburi pada 20 Disember.

Pasukan akan pulang ke tanahair dua hari selepas itu iaitu pada 22 Disember 2016 akan disertai kesemua pemain termasuk 11 pemain yang baru menyertai pasukan bermula 1 Disember lalu.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top