Anda di sini
Laman Utama > Berita > Sepak mula Liga Malaysia musim hadapan lebih awal

Sepak mula Liga Malaysia musim hadapan lebih awal

Sepak mula Liga Malaysia 2017 akan bermula lebih awal dari musim 2016 dengan menyaksikan Piala Sumbangsih yang menjadi menjadi perlawanan pembuka tirai Liga bakal diadakan pada hari Jumaat, 20 Januari 2017 diikuti perlawanan Liga Super lain pada keesokan harinya.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam selepas sesi Perbincagan Khas Liga Malaysia 2017 yang dihadiri oleh semua Setiausaha Agong/ Kehormat / Eksekutif Pasukan di Wisma FAM semalam.

Kevin juga mengumumkan Stadium Larkin akan menjadi venue bagi perlawanan tersebut yang akan menemukan diantara pemenang Liga Super 2016, JDT I menentang Juara Piala Malaysia 2016, Kedah.

Bagi perlawanan Liga Perdana, sepak mula akan diadakan pada 20 Januari serentak dengan perlawanan Piala Sumbangsih manakala perlawanan terakhir iaitu Piala Malaysia dijangka akan berlangsung pada 28 Oktober 2017.

“FMLLP akan langsungkan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT bertemu Kedah dan Liga Perdana pada 20 Januari sebagai permulaan musim 2017, selebihnya perlawanan (pertama) Liga Super melibatkan pasukan lain berlangsung pada 21 Januari.

“Selain itu, saingan bagi Piala Malaysia akan bermula pada Ogos dan perlawanan akhir dijangka pada 28 Oktober,

Menurutnya lagi, hasil perbincangan bersama dengan wakil pasukan, mereka bersetuju mengenai perjalanan dan penjadualan liga berkenaan masih menggunakan format musim 2016 cuma menambahbaik beberapa perkara seperti dari segi tempoh antara perlawanan.

“Dari segi penjadualan kita telah cuba untuk pastikan setiap perlawanan kita ada sedikit tempoh rehat.

“Namun, disebabkan penganjuran Sukan SEA pada Ogos liga akan berehat selama tiga minggu.

“Jadi bulan Julai jadual agak padat, sebab kita kehilangan masa pada Ogos”

Sukan SEA 2017 iaitu edisi ke 29 akan diadakan pada 19 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 dengan acara bolasepak dijangka akan bermula beberapa hari lebih awal.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top