Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > FAM PERKENAL SISTEM BAHARU PENDAFTARAN PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN

FAM PERKENAL SISTEM BAHARU PENDAFTARAN PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN

football_association_of_malaysia_fam_headquarters_20140206_620_419_100

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bakal memperkenalkan sistem pendaftaran pemain dan pegawai pasukan-pasukan Liga Malaysia serta ahli-ahli gabungan menerusi Program FAM MyPAS, Disember ini.

 Program yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 7 November lalu menerusi projek badan induk itu; ‘FIFA Connect’ akan membantu dalam integrasi maklumat-maklumat pemain serta pegawai secara menyeluruh dan sistematik untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan pasukan masing-masing.

fam_mypas_screenshot

Melalui platform ini juga, kesemua pemain dan pegawai yang berdaftar akan diberikan pengenalan diri (ID) tersendiri dan akan menjadi asas dari aspek kawalan umur, perlindungan pemain bawah umur serta pembangunan bola sepak di setiap peringkat berteraskan ketelusan maklumat.

 “Sejajar dengan matlamat kami sebagai organisasi bola sepak yang sentiasa memandang ke hadapan, teknologi yang digunapakai FAM MyPAS ini akan memberi impak yang besar kepada pentadbiran pasukan-pasukan Liga Malaysia, musim depan,” ujar Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

 Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut, FAM akan menganjurkan sesi bengkel latihan bersama para Pegawai Pentadbir dari setiap pasukan Liga Malaysia pada 28 dan 29 November ini bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya.

sumber berita : Laman Web FAM

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top