Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tiada lagi belang kuning-hitam!

Tiada lagi belang kuning-hitam!

jersi20baharu202016-2018

Suatu perubahan yang berani oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  apabila tidak lagi menjadikan warna kuning sebagai warna asas pada jersi Pasukan Kebangsaan Malaysia semasa pelancarannya di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pagi tadi.

Menampilkan warna hitam sebagai warna asas dengan hanya sedikit sahaja jalur kuning di bahagian tepi dan leher, rekabentuk baru ini bakal digunakan untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 yang akan bermula pada hari Ahad ini di Yangon, Mymmar.

Bagi jersi ‘away’ pula, FAM kembali kepada warna putih seperti yang pernah digunakan pada era 80an dan 90an dahulu bertukar daripada warna sinonim biru yang digunakan sejak tahun 1997 lagi.

mas-jersey-1

Kelainan lain yang ditonjolkan ialah tiada lagi bendera Malaysia di dada yang digunapakai sejak 2010 sebaliknya kembali menukarnya kepada logo FAM seperti ketika Nike mula menaja jersi pasukan negara.

Menurut laman sesawang FAM, logo Persatuan itu dipilih berbanding bendera Malaysia adalah kerana ingin memenuhi standard antarabangsa yang mana negara lain meletakkan logo persatuan negara masing-masing di jersi mereka.

“Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain”.

Penjelasan FAM lagi tentang tidak menggunakan logo Harimau Malaysia yang baru adalah kerana rekabentuk ini telah dipersetujui sebelum logo baharu itu diperkenalkan dan ianya tidak dalam perancangan pereka pada mulanya.

“Jersi Harimau Malaysia 2016 ini mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014. Jersi pasukan Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses ‘design’ sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan.

Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016.

Disebabkan Piala Suzuki AFF 2016 bermula pada November, maka jersi Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini walaupun proses reka bentuknya dan produksi telah bermula seawal tahun 2014”.

Semasa sesi pelancaran tersebut Ketua Pasukan Pahang FC,  Matthew Davies dijemput untuk menjadi salah seorang pemain yang memperagakan jersi tersebut dan beliau amat genbira dengan rekabentuknya.

Jersi ini baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual pada Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top