Anda di sini
Laman Utama > Berita > Davies wakil tunggal Pahang ke Piala Suzuki AFF 2016

Davies wakil tunggal Pahang ke Piala Suzuki AFF 2016

50

Pertahanan kanan Pahang FC yang juga Ketua Pasukan menjadi wakil tunggal pasukan itu dalam menyahut cabaran Harimau Malaysia dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 yang akan bermula Ahad ini di Yangon, Myanmar.

Senarai penuh 23 pemain diumumkan oleh Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sebentar tadi selepas sesi minum petang dan penyerahan jalur gemilang kepada kotinjen Malaysia di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Ini bermakna 3 pemain iaitu Safawi Rasid, Khuzaimi Piee & Nasir Basharudin telah digugurkan dari skuad kali ini kerana kecederaan dan juga berlebihan pemain di posisi tersebut.

“Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, saya telah memutuskan untuk menggugurkan tiga pemain ini. Bukan mudah tetapi kerana peraturan kejohanan, saya terpaksa menjalankan tugas ini. Saya harap tiga pemain ini yang bagi saya masih lagi muda mempunyai masa depan cerah untuk mewakili negara selepas ini.

 “Selain Nasir dan Khuzaimi yang digugurkan kerana masalah kecederaan, bagi Safawi saya mempunyai Hadin Azman, Amri Yahyah dan Syazwan Zainon yang boleh beraksi di posisi sayap kiri. Sukar untuk saya buat keputusan ini tetapi atas faktor Safawi masih muda dan boleh beraksi bersama skuad B-22 negara, saya percaya dia mempunyai masa depan cukup cerah.

 “Jadi senarai 23 pemain ini adalah yang terbaik pernah saya kumpulkan. Ini barisan yang saya percaya mampu membawa kita melangkah lebih jauh daripada apa yang kita lalui sebelum ini.

 “Jika dilihat, selepas tewas 3-0 kepada Indonesia, kita berjaya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Singapura, seterusnya nampak sedikit peningkatan ketika mengikat Afghanistan 1-1 dan semalam ada lagi peningkatan ketika menewaskan Papua New Guinea 2-1.

 “Saya tak kata kita sudah seratus peratus sempurna tetapi kita perlu berusaha lagi apabila berdepan Kemboja dan seterusnya Vietnam dan Myanmar pada saingan Kumpulan B nanti.

 “Bagi saya, bukan mustahil untuk kami melangkah jauh pada kejohanan kali ini. Tapi biar kami fokus aksi peringkat kumpulan terlebih dahulu. Apabila sudah layak ke separuh akhir, sudah tentu kita mahu ke final. Apabila sudah ke final, sudah tentu kita mahu muncul juara.”

23-player-aff2016

Malaysia yang menghuni kumpulan B akan menentang pemenang pusingan kelayakan iaitu Kemboja dalam aksi pembuka tirai pada hari Ahad ini di Stadium Thuwunna, Yangon jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Pasukan lain dalam kumpulan B ialah tuan rumah Myanmar dan juga lawan separuh akhir Malaysia pada edisi lepas, Vietnam.

Berikut adalah jadual penuh pasukan Malaysia untuk kejohanan dwitahunan ini :

20 Nov 2016
Malaysia vs Kemboja
4.30 petang

23 Nov 2016
Malaysia vs Vietnam
4.30 petang

26 Nov 2016
Myanmar vs Malaysia
7.30 malam

*semua perlawanan di Stadium Thuwunna, Yangon

hm2016

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top