Anda di sini
Laman Utama > Berita > Laluan sukar Pahang di suku akhir

Laluan sukar Pahang di suku akhir

dsc_5289

Pasukan Pahang dijangka melalui jalan sukar apabila akan bertemu Juara Piala Agong, Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2016 (PERR2016) pada hari Sabtu ini di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

Pahang yang menewaskan PDRM 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Padang MPK 1 menang dalam semua perlawanan pada peringkat kumpulan untuk layak ke peringkat kalah mati selaku Juara Kumpulan A.

Bermula agak perlahan pada perlawanan pertama apabila hanya menewaskan P.Pinang dengan kemenangan tipis 1-0, Singapura menjadi mangsa amukan anak-anak buah Zulhamizan Zakaria apabila menang dengan keputusan 5-0 pada perlawanan kedua.

PDRM yang tewas pada Pahang pula menghuni tangga kedua kumpulan dan akan bertemu pasukan Penjara FC yang mengugguli kumpulan B di Kompleks Sukan Penjara Kajang juga pada hari Sabtu ini.

dsc_5024

Skuad PERR2016 kali ini diperkuatkan dengan beberapa orang pemain Pahang FC, Kuantan FA, Shahzan Muda, Piala Presiden dan juga Liga Kuantan seperti Ketua Pasukan Fauzi Rozlan, Mohd Ilham, Hazrin Fazrin dan Zuhair Aizat.

Perlawanan suku akhir akan dijalankan secara timbal balik di venue pilihan pasukan masing-masing dengan perlawanan pertama diadakan pada 12 November manakala perlawanan kedua akan diadakan pada 19 November ini.

Keputusan Penuh

Kumpulan A

PDRM 6-1 Singapura
Pahang 1-0 P.Pinang

P.Pinang 1-4 PDRM
Pahang 5-0 Singapura

Pahang 2-0 PDRM
Singapura 2-3 P.Pinang

Kumpulan B

Penjara FC 3 – 1 Negeri Sembilan
Selangor 1 – 1 Perak

Perak 0-2 Penjara FC
Negeri Sembilan 2-0 Selangor

N.Sembilan 0-0 Perak
Penjara FC 2-0 Selangor

Kumpulan C

ATM 1 – 4 Terengganu
W. Persekutuan 2 – 2 Kedah

Terengganu 0-1 W. Persekutuan
Kedah 5-0 ATM

ATM 0-1 W.Persekutuan
Kedah 1-0 Terengganu

Kumpulan D

Perlis 2-3 Melaka
Johor 1-1 Kelantan

*Johor dan Melaka menarik diri dari kejohanan.
**Jawatankuasa memutuskan Kelantan selaku Juara dan Perlis selaku Naib Juara Kumpulan


Jadual Suku Akhir

12 November 2016
Kelantan vs W.Persekutuan (Stdm Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu)
Pahang vs N.Sembilan (Stdm Darulmakmur, Kuantan)
*Penjara FC vs PDRM (Kompleks Sukan Penjara Kajang, Kajang)
Kedah vs Perlis (Stadium Darulaman, Alor Setar)

Semua perlawanan bermula jam 8.45 mlm kecuali yang bertanda (*) bermula jam 4.45 ptg

Foto : Khairul Azrin

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top