Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Dari Liga Pekan ke Piala AFC

Dari Liga Pekan ke Piala AFC

28 vs Mifa

Pemain Pahang FC yang sinonim dengan no 19, Mohd Fauzi Rozlan akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Tokgajah setelah hampir 5 tahun berbakti kepada negeri kelahirannya itu.

Pemain sayap dan kadang-kala diturunkan sebagai penyerang dan yang terkenal dengan frasa ‘kawan budak pekan‘ ini, menyatakan keputusan itu dalam entri terbaru di laman Facebooknya sebentar tadi.

screenshot_2016-11-08-09-47-42-50.png

Beliau yang dicungkil bakatnya dari Liga Pekan semasa mewakili pasukan Majlis Daerah Pekan merupakan pemain yang mempunyai kepantasan dan kekuatan walaupun bertubuh kecil.

Mula menabur bakti dengan Pahang semasa pertangahan musim 2010 dan membuat debut pertama semasa perlawanan dengan Kelantan yang berkesudahan seri 3-3.

Fauzi kemudiannya berpindah Shahzan Muda pada tahun berikutnya namun kembali dipanggil oleh Dollah Salleh untuk membantu Pahang pada tahun 2012 yang ketika itu diturunkan ke Liga Perdana.

Berjaya membantu Pahang kembali ke Liga Super apabila menewaskan Kedah dalam play-off ke Liga Super, bakat Fauzi semakin menyinar apabila mencuri perhatian peminat bolasepak Malaysia dalam aksinya semasa menewaskan JDT pada perlawanan pembukaan Liga Super 2013.

JDT yang ketika itu diperkuatkan ramai pemain kebangsaan seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Taha, Safee Sali dan juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Guiza tersungkur di Darulmakmur dengan keputusan 3-2 dengan Fauzi menjaringkan dua dari tiga gol Pahang ketika itu.

Tahun 2013 merupakan tahun yang paling cemerlang bagi beliau apabila menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan walaupun banyak digunakan sebagai ‘super-sub’ oleh Ketua Jurulatih ketika itu Dollah Salleh.

Pada tahun itu juga beliau beberapa kali dipanggil oleh Datuk K.Rajagobal ke latihan pusat skuad negara tetapi hanya memperolehi caps antarabangsa yang pertama setelah menjadi pemain gantian semasa perlawanan amal antarabangsa Malaysia menentang Palestin di Stadium Darulmakmur.

Selain dari dua jaringannya semasa menentang JDT, antara detik-detik menarik Fauzi Rozlan semasa beraksi semasa Pahang adalah seperti :

  1. Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2012 – Jaringan hatriknya membantu Pahang membelasah Sarawak dengan jaringan 6-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulmakmur.
  2. Separuh Akhir kedua Piala Malaysia 2013 –  Tandukannya hasil umpanan Faizol Hussein mendiamkan Stadium Negeri di Kuching sekaligus memadamkan api perjuangan skuad Sarawak. Ketika itu, Sarawak hanya memerlukan satu gol untuk ke perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013.
  3. Suku Akhir Piala Malaysia 2014 – Beliau menjaringkan gol kemenangan Pahang pada minit-minit akhir perlawanan menewaskan PDRM ketika perlawanan seolah-olah bakal diheret ke masa tambahan. Ketika itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Berikut adalah pencapaiannya semasa berada dalam skuad Pahang :

  • Liga Super – Ketiga (2014, 2015)
  • Liga Perdana – Naib Juara (2012)
  • Piala FA – Juara (2014), Separuh Akhir (2013, 2015), Suku Akhir (2012)
  • Piala Malaysia – Juara (2013, 2014), Separuh Akhir (2015)
  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah –  Juara (2014), Naib Juara (2015)
  • Piala AFC – Suku Akhir (2015)
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top