Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala Emas Raja-Raja edisi ke 76 buka tirai

Piala Emas Raja-Raja edisi ke 76 buka tirai

whatsapp-image-2016-10-29-at-1-33-54-pm

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja kembali untuk bagi edisi ke 76 untuk tahun 2016 dimana kali ini sebanyak 16 pasukan akan menyertai kejohanan tahunan ini termasuk dari negara jiran Singapura.

Dibahagikan kepada 4 kumpulan, PB Melayu Pahang telah terpilih menjadi tuan rumah bagi kumpulan A yang akan bermula pada hari ini dengan Stadium Darulmakmur menjadi venue utama untuk semua perlawanan yang dijalankan dari 4 November sehingga 6 November 2016.

Pasukan lain dalam kumpulan A selain Pahang ialah Singapura, P.Pinang dan PDRM dengan saingan bakal membuka tirai pada petang ini oleh perlawanan antara Singapura dan PDRM pada jam 4.45 petang.

Undian Kumpulan

Kumpulan A
Pahang (Tuan Rumah), Singapura, P.Pinang dan PDRM

Kumpulan B
Penjara Malaysia (Tuan Rumah), Negeri Sembilan, Selangor dan Perak

Kumpulan C
ATM (Tuan Rumah), Terengganu, W. Persekutuan dan Kedah

Kumpulan D
Johor (Tuan Rumah), Perlis, Melaka dan Kelantan


 

Pada tahun ini, Pahang dibarisi kombinasi pemain dari Skuad Pahang FC, Piala Presiden Pahang, Kuantan FA, Shahzan Muda FA dan juga dari pasukan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kuantan dengan dikebndalikan oleh Ketua Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria sambil dibantu oleh Syukri Ismail.

Antara pemain-pemain tersebut ialah Fauzi Rozlan dari Pahang FC, Ketua Pasukan Kuantan FA Mohd Ilham, Isskandar Zulkarnaen (Kuantan FA), Nabilah Khan (LBR Kuantan) dan Zuhair Aizat (Piala Presiden Pahang).

Untuk rekod, Kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada tahun lepas dimenangi oleh Negeri Sembilan setelah menewaskan Perlis dengan keputusan 2-1 manakala Pahang terkandas di separuh akhir

 

Berikut adalah jadual penuh kejohanan untuk Kumpulan A:

Jumaat, 4 Nov 2016

PDRM vs Singapura (4.45 mlm)
Pahang vs P.Pinang (8.45 mlm)

Sabtu, 5 November 2016

P.Pinang vs PDRM (4.45 mlm)
Singapura vs Pahang (8.45 mlm)

Ahad, 6 November 2016

Singapura vs P.Pinang (4.45 mlm)
Pahang vs PDRM (8.45 mlm)

*Semua perlawanan diadakan di Stadium Darulmakmur, Kuantan.
**Masuk adalah percuma.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top