Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC kekal di MSL 2017?

Pahang FC kekal di MSL 2017?

Feature MSL Logo

Minggu ini berlegar di media sosial tentang gosip berkemungkinan Pahang FC akan kekal di Liga Super musim hadapan setelah dianugerahkan kemenangan percuma semasa menentang Kedah kerana pasukan itu telah menurunkan pemain yang digantung.

Kami cuba melihat dari segi fakta dan untuk itu kami cuba melihat kepada jumlah kad yang dikutip oleh pemain Kedah sepanjang Liga Super berlangsung setakat ini.

Sebelum itu perlu diingatkan bahawa kad-kad yang diterima semasa Piala FA atau Piala Malaysia tidak dikira bersama dengan kad-kad yang diterima semasa Liga Super.

Ini hasil pengiraan kami :

kedah-kad

sumber : https://www.pengurusanbolasepakfam.org.my

Dalam pengiraan ini, memang terdapat seorang pemain yang sepatutnya digantung kerana mengutip kad kuning ketiga pada perlawanan sebelumnya iaitu Mohd Rizal Ghazali.

Rizal Ghazali yang memakai jersi no 15 telah mengutip kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berikut :

  • Kad Kuning #1 : lwn Felda United (Perlawanan 1)
  • Kad Kuning #2 : lwn PDRM (Perlawanan 12)
  • Kad Kuning #3 : lwn P.Pinang (Perlawanan 16)

Semasa perlawanan menentang Pahang FC iaitu pada 3 Ogos 2016 di Stadium Darulaman, Mohd Rizal diturunkan dalam kesebelasan utama Kedah yang menewaskan Pahang FC dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penalti Smeltz Edward pada minit ke 29.

Ini adalah starting list perlawanan tersebut :

starting-list-kdh-pfc

Bagaimana kekeliruan timbul?

Perlawanan Kedah-Pahang FC pada awalnya dijadualkan diadakan sebelum rehat bulan Ramadhan iaitu pada 25 Mei 2016 tetapi kemudiannya ditangguhkan bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan dan skuad Projek Sukan SEA 2017 untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Perlawanan itu yang merupakan matchday (MD) 13 dijadualkan semula selepas perlawanan MD16 iaitu selepas Kedah FA menentang Pulau Pinang di Bandaraya dan pada perlawanan derby utara inilah Rizal Ghazali menerima kad kuning ketiganya.

Mungkin kekeliruan itu timbul apabila pihak pengurusan merekodkan kutipan kad mengikut matchday bukan mengikut turutan perlawanan yang betul kerana itu yang berlaku pada kami sendiri semasa melakukan analisis ini.

Masih tiada keputusan rasmi

Sehingga kini, masih tiada keputusan rasmi tentang bantahan yang dilakukan oleh Pahang FC ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM dan jika pemotongan berlaku, Pahang FC bakal terkeluar dari relegation battle dan kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan tanpa mengambil kira keputusan perlawanan terakhir pada hujung minggu ini.

Jika bantahan diterima, Pahang akan dianugerahkan kemenangan 3-0 dan akan memperolehi pertambahan 3 mata dan kedudukan Liga Super akan menjadi seperti ini :

ezywatermark161020114601101.jpg


Kemaskini :

Persatuan Bolasepak Malaysia dalam laman webnya mengesahkan melalui Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan untuk menarik balik kemenangan Kedah ke atas Pahang FC atas menurunkan pemain yang digantung.

kedah-potong-point

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top